Author Archives: Nik Thoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Tip Menjadi Pekerja Terbaik Dan Buat Majikan Anda Gembira

Tip Menjadi Pekerja Terbaik Dan Buat Majikan Anda GembiraSempena Hari Pekerja yang disambut pada 1 haribulan Mei setiap tahun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di seluruh Malaysia.

Tidak kiralah apa sahaja pekerjaan yang anda lakukan asalkan ianya halal dan diberkati. Teruskan perjuangan menyumbang bakti dan tenaga anda untuk membangunkan ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara kita.

Sebagai pekerja, anda perlu berusaha untuk memberikan kualiti kerja yang terbaik kepada syarikat tempat anda bekerja. Anda perlu pandai untuk mengambil hati majikan anda supaya hubungan anda sebagai pekerja dan majikan akan sentiasa dalam keadaan baik. Baca lagi >>

Cara Bayar PTPTN Secara Online Guna Maybank2u

bayar ptptn guna maybank2u

Hutang pinjaman PTPTN perlu dibayar selepas tamat belajar. Biasanya perkara paling leceh adalah proses nak membayar tu rasa macam malas pun ada. Sebenarnya bukan malas, tapi sibuk sangat sampai lupa nak bayar PTPTN. Betul tak?

Ada banyak cara untuk membayar pinjaman PTPTN. Antaranya adalah dengan terus pergi ke mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan. Tapi mana sempat kan nak pergi sana. Jauh pulak tu. (Itu alasan yang biasa)

Jadi buatlah bayaran secara online kerana ia adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk bayar PTPTN. Sambil duduk rumah tu boleh juga bayar secara online. Baca lagi >>

Cara Menjual Dalam Whatsapp Group

Menjual dalam ‘Whatsapp Group’ ada risikonya. Risikonya bergantung kepada group yang kita join. Sebabnya ada group yang membenarkan iklan dan ada group yang tidak membenarkan sebarang iklan. Silap haribulan siapa yang cuba menjual akan di ‘kick’ iaitu kena remove dari group tersebut.

Jadi sebelum beriklan tu kita kena selidik seketika group-group mana yang boleh untuk buat iklan. Sudah menjadi kebiasaan masa kini ada banyak group seperti group keluarga, kawan sekolah, kawan universiti, group negeri, group bisnes dan banyak lagi. Baca lagi >>

Aplikasi Instagram Boleh Guna 5 Akaun Berbeza

Aplikasi-Instagram-Boleh-Guna-5-Akaun-Berbeza

Baru-baru ini pihak Instagram telah mengumumkan penggunaan 5 akaun instagram sekaligus dalam satu aplikasi/apps instagram. Jika sebelum ini kita hanya boleh buka satu akaun instagram saja dalam satu apps. Jika nak guna akaun kedua maka perlu ada smartphone lain untuk install apps instagram yang baru. Ataupun terpaksa logout untuk login akaun yang lain.

Dengan pengumuman ini maka mudahlah bagi anda yang mempunyai beberapa akaun instagram untuk kegunaan peribadi dan juga bisnes. Anda boleh menguruskan beberapa akaun instagram sekaligus tanpa perlu guna banyak smartphone. Ataupun sebelum ni sangat menyusahkan bila terpaksa login dan logout untuk buka akaun instagram yang berbeza. Baca lagi >>

Pembayaran Renew Web Hosting 2016

Alhamdulillah beberapa hari lepas telah selesaikan pembayaran renew web hosting selama setahun lagi. Ini bermakna blog ini akan masih terus online untuk tempoh setahun lagi. Walaupun jarang-jarang update blog tapi sayang jika content artikel sebelum ini akan hilang jika blog ini ditutup. Jika diberikan kekuatan dan semangat untuk menulis semula saya akan teruskan menulis di dalam dalam blog ini. InsyaAllah.

Saya masih lagi menggunakan web hosting yang sama sejak dari tahun 2010 lagi iaitu menggunakan web hosting NetKl Network. Maknanya sudah lama saya menggunakan servis dari mereka. Bukannya baru 2 3 bulan. Tapi lebih kurang 4 5 tahun dah bersama mereka. Dulu saya pernah juga guna web hosting dari company lain tapi tak kekal lama atas masalah-masalah tertentu semasa menggunakan servis dari syarikat tersebut. Baca lagi >>