Alhamdulillah beberapa hari lepas telah selesaikan pembayaran renew web hosting selama setahun lagi. Ini bermakna blog ini akan masih terus online untuk tempoh setahun lagi. Walaupun jarang-jarang update blog tapi sayang jika content artikel sebelum ini akan hilang jika blog ini ditutup. Jika diberikan kekuatan dan semangat untuk menulis semula saya akan teruskan menulis di dalam dalam blog ini. InsyaAllah.
Saya masih lagi menggunakan web hosting yang sama sejak dari tahun 2010 lagi iaitu menggunakan web hosting NetKl Network. Maknanya sudah lama saya menggunakan servis dari mereka. Bukannya baru 2 3 bulan. Tapi lebih kurang 4 5 tahun dah bersama mereka. Dulu saya pernah juga guna web hosting dari company lain tapi tak kekal lama atas masalah-masalah tertentu semasa menggunakan servis dari syarikat tersebut.
Tapi syarikat NetKL adalah berbeza dan saya yakin kerana telah menggunakan servis mereka sudah lama. Tidak banyak masalah yang berlaku semasa menggunakan servis dari mereka. Saya tidak ingat bila kali terakhir server down. Ini menunjukkan yang servis hosting mereka sentiasa berjalan lancar. Server mereka sentiasa stabil.
Bayaran hosting adalah komitmen yang perlu saya bayar setahun sekali. Ok la setahun sekali tidaklah membebankan sangat. Saya rasa jika masa awal-awal saya menceburi bidang blog ni dan terpaksa bayar hosting setiap bulan, mesti takkan wujud blog berbayar menggunakan sistem wordpress ni. Mungkin masih lagi saya guna blogspot. Tapi saya yakin dengan kelebihan blog wordpress yang dipasang pada hosting sendiri. Sebab tu saya sanggup melabur setahun sekali.
Tidak banyak yang saya mahu tulis dalam artikel review ini. Cuma saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyedia Hosting Netkl Network kerana telah membantu saya dengan cepat dan pantas. Customer service mereka adalah terbaik. Jika saya nak bagi bintang, saya akan bagi bintang penuh iaitu 5 bintang daripada 5. Sebab saya sangat berpuas hati.
Dan saya rasa akan terus menggunakan servis mereka pada tahun-tahun yang akan datang. Dan saya juga mendoakan syarikat mereka akan terus maju dan berjaya pada masa-masa yang akan datang.