Baru-baru ini pihak Instagram telah mengumumkan penggunaan 5 akaun instagram sekaligus dalam satu aplikasi/apps instagram. Jika sebelum ini kita hanya boleh buka satu akaun instagram saja dalam satu apps. Jika nak guna akaun kedua maka perlu ada smartphone lain untuk install apps instagram yang baru. Ataupun terpaksa logout untuk login akaun yang lain.
Dengan pengumuman ini maka mudahlah bagi anda yang mempunyai beberapa akaun instagram untuk kegunaan peribadi dan juga bisnes. Anda boleh menguruskan beberapa akaun instagram sekaligus tanpa perlu guna banyak smartphone. Ataupun sebelum ni sangat menyusahkan bila terpaksa login dan logout untuk buka akaun instagram yang berbeza.
Sebelum ini saya pernah menulis tentang cara guna dua akaun instagram dengan menggunakan alternatif apps iaitu instwogram. Tapi apabila pihak instagram telah membenarkan kita guna banyak akaun dalam satu instagram apps maka alternatif apps yang pernah saya gunakan itu tidak lagi relevan. Buat apa menyusahkan diri guna banyak apps sedangkan dalam satu apps dah boleh buka banyak akaun.
Tapi ada satu kelebihan instwogram yang saya masih guna iaitu boleh download gambar di instagram. Jika official apps instagram kita tak boleh download gambar yang menarik. Kena buat manual iaitu screenshot dan crop.
Cara Mula Guna Banyak Akaun Instagram
Oleh kerana penggunaan banyak akaun instagram ini masih baru maka kita perlu update instagram apps kepada versi terkini instagram 7.15 untuk iOS dan juga Android.
- Untuk mula tambah akaun baru, pergi ke bahagian ‘Options’ dan scroll ke bawah untuk ke bahagian Add account.
- Kemudian perlu masukkan username dan password untuk akaun instagram yang mahu ditambah.
- Ulang step yang sama jika mahu menambah akaun instagram yang lain. Anda boleh menambah sebanyak 5 akaun instagram sekaligus dalam satu apps tersebut.
Apabila telah ada banyak akaun instagram yang ditambah, kita hanya perlu ‘Switch’ ataupun tukar saja akaun instgram mana yang mahu kita gunakan. Jangan risau kita tidak akan tertukar kerana kita akan dapat melihat ‘profile picture’ bagi akaun instagram mana yang sedang kita gunakan.
Jika nak remove salah satu akaun kita boleh logout akaun instagram mana yang kita mahu logout. Mana la tahu kan mungkin rasa serabut kalau banyak sangat. Kita boleh logout pada bila-bila masa. Kita boleh Logout of [Username] atau Logout of All Accounts untuk buang semua akaun yang telah ditambah.
Gunakan fungsi baru akaun instagram apps ini dengan sebaiknya. Bagi yang menjalankan bisnes, fungsi instagram ini sangat membantu untuk memudahkan urusan bisnes kita. Kalau tak guna rugilah bila orang dah bagi cara mudah.
Selamat menggunakan instagram dengan sebaiknya supaya ia dapat memberi manfaat kepada diri kita semua.