Cara Menjual Dalam Whatsapp Group

Menjual dalam ‘Whatsapp Group’ ada risikonya. Risikonya bergantung kepada group yang kita join. Sebabnya ada group yang membenarkan iklan dan ada group yang tidak membenarkan sebarang iklan. Silap haribulan siapa yang cuba menjual akan di ‘kick’ iaitu kena remove dari group tersebut.

Jadi sebelum beriklan tu kita kena selidik seketika group-group mana yang boleh untuk buat iklan. Sudah menjadi kebiasaan masa kini ada banyak group seperti group keluarga, kawan sekolah, kawan universiti, group negeri, group bisnes dan banyak lagi.

Ada juga group yang kita join tapi tidak tahu apa tujuannya sebab kita dipaksa rela add dalam group tersebut. Buat relax dan cool je dalam tu.

Banyak tip yang anda boleh cuba untuk promosi produk anda melalui whatsapp group. Saya nak share 7 Tip Bagaimana Untuk Menjual Dalam Whatsapp Group:[emaillocker]

#1 Cuba promosi kepada orang-orang terdekat seperti group keluarga, group rakan sekolah atau universiti. Mereka semua sudah kenal kita. Kelebihannya adalah mereka yakin dan percaya kepada kita kerana mengenali kita dan lebih mudah untuk close sales. Tapi nak promot pada orang terdekat perlu ada keyakinan diri yang kuat dan tidak boleh malu.

#2 Jika niat kita berniaga, kita tak patut takut. Biar apa orang nak kata. Mungkin ada ramai orang sekeliling yang tidak berapa nak support bisnes kita. Jangan sebab orang lain kita jadi patah semangat. Buangkan rasa takut tu, teruskan saja.

#3 Gunakan bahasa yang baik dan mudah difahami. Jangan guna ayat paksaan sehingga menganggu orang lain. Gunakan cara yang kita mahu berkongsi dan bukan memaksa.

#4 Buat orang rasa selesa dengan kita. Rajinkan diri untuk berbual-bual jika ada masa terluang. Sentiasa beri salam dan mohon maaf jika promosi anda menganggu mereka.

#5 Tulis mesej iklan yang simple saja dan tidak terlalu panjang. Bukan semua orang rajin nak baca tulisan yang berjela-jela panjang.

#6 Letakkan sekeping dua gambar produk jika perlu. Tapi jangan spam sampai 10 keping gambar sekaligus. Lepas dapat contact yang pm barulah tunjukkan gambar-gambar testimoni yang banyak tu untuk lebih yakinkan mereka.

#7 Tidak ada cara khusus yang betul-betul perfect jika nak promot dalam whatsapp group. Hanya perlu try and error saja. Perbaiki mana yang kurang dan buat lebih baik lagi.

Contoh Skrip Ayat Promosi Dalam Grup Whatsapp

1 – Ayat simple: “Salam dan hi semua, saya ada jual produk [nama produk anda]. Sape2 yang tengah cari produk ni boleh PM saya ya. Saya beri harga member2 kasih sayang. Terima kasih.”

2 – Ayat lebih lebih panjang dan professional: “Assalamualaikum semua. Tumpang lalu sekejap ya. Nak tanya mana tahu ada rakan-rakan yang berminat dengan produk yang saya jual ni.

  • [Nama produk anda]
  • [Details produk]
  • [Harga]

(Attach sekeping dua gambar produk yang terbaik)

Jika ada yang berminat boleh hubungi [No whatsapp anda].

Mohon maaf jika post ini tidak berapa sesuai atau buat anda rasa tidak selesa.

Senyum selalu ya. Terima kasih semua. 🙂 “

<Edit ayat mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Biar ringkas dan padat.>

Seperti yang saya bagitahu sebelum ni, cara promosi dalam grup whatsapp ni tidak semestinya perlu perfect sepenuhnya. Jangan tunggu perfect baru hendak bermula. Mulakan saja dan cuba perbaiki sedikit demi sedikit.

Keberkesanan iklan juga bergantung kepada group yang kita join. Setiap group adalah berbeza. Ini kerana orang-orang yang berada dalam group berbeza latar belakang mereka serta cara penerimaan mereka.

Tak perlu takut kerana niat kita adalah untuk berniaga dan berkongsikan produk yang kita jual kepada mereka. Kita bukan paksa mereka untuk beli produk kita. Jika ada yang tidak berminat beli tidak mengapa.

InyaAllah jika kita ikhlas berniaga mesti ada yang berminat untuk beli produk yang kita jual. Yang penting kita jangan putus asa dan teruskan usaha sampai berjaya. Selamat maju jaya dalam bisnes anda semua!

 

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *