Author Archives: Nik Thoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Sebab Utama Mengapa Saya Menyokong Pasukan Jerman

Saya Menyokong Pasukan JermanDemam bolasepak EURO 2016 sudah bermula bagi semua peminat bolasepak seluruh dunia. (Saya salah seorang darinya). Walaupun ia berlangsung pada bulan Ramadhan, kita jangan sampai terlalai hingga mengabaikan bulan Ramadhan tahun ini. Tahun 2014 yang lepas pun berlansung Piala Dunia pada bulan Ramadhan juga.

Tengok bola tak salah. Yang salahnya bila orang yang tengok bola sampai pukul 3 4 pagi lepas tu tidur balik sampai tertinggal solat subuh. Contoh lain sama je macam facebook. Main facebook tak salah. Yang salahnya bila orang yang khusyuk sangat main facebook sampai tak sedar terlepas waktu solat. Baca lagi >>

20 Idea Menulis ‘Email’ Yang Boleh Digunakan Serta Merta

20 Idea Menulis ‘Email Newsletter’ Yang Boleh Digunakan Serta MertaPemasaran email biasanya digunakan untuk mengumpul senarai email Subscriber iaitu prospek, pelanggan ataupun follower yang sentiasa menunggu info-info terkini dari anda melalui email. Kegunaan pemasaran bergantung kepada jenis bisnes anda. Lain bisnes lain kandungan email yang dihantar. Tapi tujuan utama pemasaran email adalah sama iaitu untuk membina hubungan baik dengan subscriber untuk jangka masa panjang.

Perkara utama yang selalu menghalang kita untuk konsisten menghantar email kepada subscriber adalah kerana tidak mempunyai idea untuk menulis email yang mahu dihantar. Itu perkara biasa yang boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Baca lagi >>

Hadapi Dengan Penuh Kesabaran Atau Buktikan Dengan Kejayaan

Hadapi Dengan Penuh Kesabaran Atau Buktikan Dengan KejayaanSaya pasti ramai di antara kita merupakan peminat filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Banyak filem-filem beliau masih lagi mendapat tempat di hati kita dan ia tidak pernah lapuk di telan zaman. Banyak filem-filem yang beliau lakonkan dapat memberi banyak pengajaran berguna dalam kehidupan kita seharian.

Salah satu filem yang popular adalah Sarjan Hassan. Filem ini mempunyai banyak pengajaran berguna yang boleh kita ambil. Sudah tentu pengajaran utama filem ini adalah tentang sejarah. Tapi saya bukan nak ulas pasal sejarah. Baca lagi >>

Cara Untuk Menghargai Jasa Guru

Cara Untuk Menghargai Jasa Guru(Gambar adalah sekadar hiasan sahaja dari filem 3 Idiots)

Sempena hari guru yang kita sambut pada tarikh 16 Mei 2016 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia, dan khususnya kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya selama ini.

Sebagai seorang pelajar kita perlu menghargai jasa semua guru yang telah mencurahkan banyak ilmu kepada kita selama ini. Walaupun guru tidak pernah meminta dibalas jasa mereka tapi kita tetap kena hargai jasa mereka. Jasa mereka tidak dapat dibalas dengan wang ringgit kerana jasa mereka tidak ternilai. Baca lagi >>

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kejayaan Pasukan Leicester City?

Apa-Yang-Kita-Boleh-Belajar-Dari-Kejayaan-Pasukan-Leicester-CityTahniah diucapkan kepada pasukan LEICESTER CITY kerana berjaya muncul JUARA Liga Perdana Inggeris (Barclays Premier League) bagi musim 2015/2016. Kejuaraan kelab bolasepak Leicester City ini telah mengejutkan dunia bolasepak kerana mereka berjaya mengatasi kelab-kelab besar seperti Chelsea, Manchester City, Manchester United, Arsenal, Liverpool serta pasukan-pasukan lain.

Leicester City bermula sebagai sebuah pasukan yang kurang dikenali dan tidak diambil perhatian oleh peminat-peminat bolasepak seluruh dunia. Status mereka hanya sebagai sebuah pasukan kerdil yang bersaing di bahagian bawahan liga pada musim lepas. Misi mereka adalah untuk terus terselamat dari penyingkiran/relegasi dari Liga Perdana Inggeris. Akan tetapi mereka telah berjaya bangkit untuk menjadi pasukan juara bagi musim 2015/2016 ini. Baca lagi >>