Pemasaran email biasanya digunakan untuk mengumpul senarai email Subscriber iaitu prospek, pelanggan ataupun follower yang sentiasa menunggu info-info terkini dari anda melalui email. Kegunaan pemasaran bergantung kepada jenis bisnes anda. Lain bisnes lain kandungan email yang dihantar. Tapi tujuan utama pemasaran email adalah sama iaitu untuk membina hubungan baik dengan subscriber untuk jangka masa panjang.
Perkara utama yang selalu menghalang kita untuk konsisten menghantar email kepada subscriber adalah kerana tidak mempunyai idea untuk menulis email yang mahu dihantar. Itu perkara biasa yang boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja.
Saya akan kongsikan beberapa idea yang mungkin anda boleh apply dalam penulisan email kepada list subscriber anda. Menulis email tidak perlu terlalu formal. Jika boleh, tulis email yang lebih santai kerana pembaca akan lebih dekat dengan anda dan tidak berasa seperti berhubung dengan robot.
Tapi ia bergantung kepada cara penulisan masing-masing. Tidak kisah tulis macam mana asalkan kita selesa menulis dan pembaca juga suka membacanya..
Subscriber yang telah mendaftarkan email adalah kerana mereka percaya kepada anda. Mereka hargai apa yang anda berikan kepada mereka. Mereka sukakan anda.
Jadi untuk menjadikan hubungan anda dengan subscriber lebih baik dan lebih rapat, anda perlu memberikan pembaca anda kandungan email yang menarik secara konsisten. Ini hanyalah beberapa idea yang anda boleh gunakan mengikut kesesuaian bisnes anda.
- Minta mereka yang baru untuk follow akaun media sosial anda seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain.
- Perkongsian ilmu yang bermanfaat seperti tazkirah agama, tip motivasi, cerita inspirasi atau lawak yang santai.
- Maklumkan tentang penulisan atau kandungan terbaru di blog/website anda. Pastikan penulisan itu menarik untuk dibaca supaya bila dengar tajuk je pembaca akan teruja untuk klik dan baca. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan jumlah trafik ke blog anda.
- Tulis review tentang sesuatu produk dan kongsikan kepada mereka. Sama ada review produk sendiri ataupun produk orang lain.
- Kongsikan buku apa yang anda sedang baca bulan ini. Atau kongsikan cadangan buku terbaik untuk subscriber anda baca.
- Beri produk percuma untuk mereka download. Banyak produk percuma yang boleh diberi seperti ebook, video, software dan sebagainya.
- Pengumuman tentang event-event terkini, bengkel, seminar yang anda anjurkan atau sertai. Galakkan mereka yang berminat untuk sama-sama join sekali.
- Jika anda ada produk sendiri, anda boleh berikan demo ataupun sample preview untuk subscriber anda cuba. Ini boleh menarik mereka untuk tahu dan berminat untuk beli nanti.
- Buat pengumuman Pra-pelancaran produk-produk terbaru, harga pra-sales, kupon diskaun istimewa kepada subscriber dan lain-lain.
- Kongsikan testimonial-testimonial dari pembeli/pengguna produk anda sebelum ini. Boleh tunjukkan testimonial bergambar yang lebih meyakinkan.
- Pengumuman tentang contest/giveaway yang anda anjurkan di laman sosial seperti facebook dan instagram. Kemudian bagitahu siapa pemenang supaya yang tak join akan rasa rugi dan mesti join pada masa hadapan.
- Permintaan kepada subscriber untuk memberi review/testimoni ikhlas tentang produk yang anda beri percuma ataupun produk yang berbayar.
- Buat survey tentang topik-topik tertentu dan minta mereka sama-sama berikan undian. Kongsikan result selepas survey tersebut.
- Dalam bisnes perlu ada FAQ (Frequently Asked Questions). Ini memudahkan anda menjawab segala persoalan basic dengan mudah apabila ditanya. Kongsikan FAQ ini kepada subscriber anda untuk menjawab persoalan mereka.
- Kongsikan tentang produk anda yang paling laris, artikel blog yang paling popular dalam tempoh sebulan.
- Kongsikan apps atau software yang bermanfaat dan banyak membantu di dalam bisnes anda. Sama ada yang percuma atau berbayar.
- Anda boleh buat satu live webinar atau live webcam untuk berkomunikasi dengan subscriber anda. Jemput mereka untuk join perkongsian ekslusif anda secara live.
- Kongsikan gambar-gambar terkini disebalik tabir bisnes anda seperti gambar ofis, gambar staff pengurusan, gambar produk, gambar pelanggan yang membeli produk dan sebagainya.
- Ucapan selamat pada hari-hari penting seperti hari guru, hari pekerja, hari raya dan lain-lain. Biasanya hari penting ni ucapkan selamat bercuti dan selamat beristirehat bersama keluarga tersayang. Mereka akan rasa lebih dihargai.
- Ucapan ‘Terima Kasih’ kepada susbcriber atas sebab-sebab tertentu seperti respon yang mereka berikan, terima kasih kerana terus setia bersama, dan sebagainya.
Hargai subscriber anda dan berikan kualiti servis yang terbaik kepada mereka. Jadikan mereka sebagai sahabat anda. Bantulah mereka mengikut kemampuan anda dengan sebaiknya untuk bina ‘TRUST’ dan kredibiliti anda dalam jangka masa panjang.
Sebenarnya ada banyak lagi idea yang anda boleh gunakan untuk memastikan supaya anda sentiasa KONSISTEN menulis dan menghantar email kepada subscriber anda. Apa yang saya kongsikan dalam artikel ini hanyalah sebagai cadangan idea yang boleh digunakan.
Idea-idea penulisan ini juga anda boleh gunakan untuk konsisten update dan menulis dalam media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain.
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Idea yang mesti digunakan, pasti menghasilkan keputusan yang hebat