Zaman sekarang ni semua dah senang sangat. Dunia hanya dihujung jari. Nak cari ilmu pun mudah. Taip di google macam-macam informasi yang boleh kita jumpa. Setiap hari jika buka facebook pun macam-macam ilmu yang boleh kita dapat. Ada banyak yang percuma. Yang berbayar pun ada juga melalui iklan-iklan fb ads.
Kita boleh pilih yang mana bersesuaian dengan kemampuan diri kita. Jika rajin, kena usaha lebih sikit cari gali ilmu yang percuma. Jika mampu bayar, boleh tambah ilmu dengan beli buku, ebook, seminar, kursus dan lain-lain. Pilih saja yang mana berkenan dihati. Baca lagi

Ketika baru buat facebook lebih kurang 6 tahun lepas, tujuan saya ada facebook adalah sebab ikut kawan-kawan semasa belajar kat Universiti dulu. Bila ada facebook mudah nak dapat update info terkini dari kawan-kawan sekuliah. Paling nikmat bila buka facebook pada waktu pagi dan ada update kelas hari ni cancel. Masa tu whatsapp belum wujud lagi.
(Pasukan England tewas kepada pasukan Iceland dengan jaringan 1-2)
Waktu pagi adalah waktu terbaik untuk kita mulakan hari kita dengan penuh semangat dan semangat itu akan berterusan sepanjang hari. Jika waktu pagi kita lemah dan tidak bersemangat, maka prestasi kita pada hari tersebut sudah tentu teruk.