Ketika baru buat facebook lebih kurang 6 tahun lepas, tujuan saya ada facebook adalah sebab ikut kawan-kawan semasa belajar kat Universiti dulu. Bila ada facebook mudah nak dapat update info terkini dari kawan-kawan sekuliah. Paling nikmat bila buka facebook pada waktu pagi dan ada update kelas hari ni cancel. Masa tu whatsapp belum wujud lagi.
Lepas habis belajar masing-masing buzy dengan kerja kot. Ramai yang senyap je semua. Saya pun sama juga kurang aktif sangat bila dah masuk alam pekerjaan dulu. Cuma sekarang ni tengah cuba nak aktif balik. Nak tahu sebabnya kena baca la artikel ni sampai habis. Hehe
Kat atas tu saja nak cerita tujuan saya berfacebook 6 tahun lepas. Hari ni mungkin dah berbeza tujuan saya berfacebook. Atas beberapa sebab dan tujuan utama dibawah ni saya masih lagi berfacebook. Walaupun kadang-kadang tu hilang arah juga. Haha!
Biasa la tu kan kadang-kadang lagha tak ingat bila asyik berfacebook. Tapi tengah usaha untuk fokus kepada tujuan utama dibawah ni.
1) Promote Bisnes
Facebook salah satu platform terbaik untuk mempromosikan produk/servis. Gunakan sebaiknya fungsi percuma yang ada dalam facebook seperti akaun profile, fanpage, group dan lain-lain. Nak lebih power kena guna yang berbayar iaitu FB Ads. Kena menuntut lebih banyak ilmu dalam bab pemasaran bisnes melalui facebook ni.
2) Kenal Rakan Baru (Network)
Kita berhak memilih sesiapa saja untuk jadi rakan facebook. Yang kita suka kita add dan approve. Yang kita kurang suka kita boleh remove friend ataupun block saja bagi mengelakkan diri kita terganggu. Kita boleh berkenalan dengan ramai rakan baru terutamanya orang yang buat bisnes juga. Berkawanlah dengan ramai rakan bisnes lain untuk membina networking. Mana tahu satu hari nanti boleh bekerjasama jadi bisnes partner.
3) Kongsi Ilmu (Ilmu Bisnes)
Setiap orang ada kelebihan dan kepakaran masing-masing. Jika kita ada ilmu yang bermanfaat maka sebaiknya kita kongsikan kepada rakan-rakan facebook kita yang lain juga. Mereka pasti sangat menghargainya. Jika ilmu yang kita kongsikan dapat bantu mereka lagi bagus. Tidak perlu tunggu dapat title ‘guru’, ‘sifu’, ‘coach’ baru nak mula kongsi ilmu. Kongsikan saja setakat mana yang kita tahu.
4) Belajar Ilmu Baru
Kita juga boleh belajar banyak benda baru dari rakan-rakan facebook yang lain. Ada terlalu banyak ilmu yang percuma. Tinggal kita je nak belajar dan hargai ilmu yang dikongsikan. Kerana rajin gali sikit untuk dapatkan ilmu percuma dari orang lain. Jika ada bajet lebih boleh dapatkan ilmu berbayar dengan menyertai kelas online, beli ebook, video dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, tidak kira apa pun tujuan kita berfacbook, ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita nak gunakan facebook tu untuk tujuan apa. Setiap orang pasti berbeza tujuan dia berfacebook. Gunalah macam mana pun facebook tu, asalkan ia dapat membawa kebaikan untuk diri kita dan juga orang lain. InsyaAllah. 🙂