Category Archives: Umum

Hargai Setiap Nilai Ilmu Yang Dikongsikan

Hargai-Setiap-Nilai-Ilmu-Yang-DikongsikanZaman sekarang ni semua dah senang sangat. Dunia hanya dihujung jari. Nak cari ilmu pun mudah. Taip di google macam-macam informasi yang boleh kita jumpa. Setiap hari jika buka facebook pun macam-macam ilmu yang boleh kita dapat. Ada banyak yang percuma. Yang berbayar pun ada juga melalui iklan-iklan fb ads.

Kita boleh pilih yang mana bersesuaian dengan kemampuan diri kita. Jika rajin, kena usaha lebih sikit cari gali ilmu yang percuma. Jika mampu bayar, boleh tambah ilmu dengan beli buku, ebook, seminar, kursus dan lain-lain. Pilih saja yang mana berkenan dihati. Baca lagi >>

Sebab Utama Mengapa Saya Menyokong Pasukan Jerman

Saya Menyokong Pasukan JermanDemam bolasepak EURO 2016 sudah bermula bagi semua peminat bolasepak seluruh dunia. (Saya salah seorang darinya). Walaupun ia berlangsung pada bulan Ramadhan, kita jangan sampai terlalai hingga mengabaikan bulan Ramadhan tahun ini. Tahun 2014 yang lepas pun berlansung Piala Dunia pada bulan Ramadhan juga.

Tengok bola tak salah. Yang salahnya bila orang yang tengok bola sampai pukul 3 4 pagi lepas tu tidur balik sampai tertinggal solat subuh. Contoh lain sama je macam facebook. Main facebook tak salah. Yang salahnya bila orang yang khusyuk sangat main facebook sampai tak sedar terlepas waktu solat. Baca lagi >>

Cara Untuk Menghargai Jasa Guru

Cara Untuk Menghargai Jasa Guru(Gambar adalah sekadar hiasan sahaja dari filem 3 Idiots)

Sempena hari guru yang kita sambut pada tarikh 16 Mei 2016 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia, dan khususnya kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya selama ini.

Sebagai seorang pelajar kita perlu menghargai jasa semua guru yang telah mencurahkan banyak ilmu kepada kita selama ini. Walaupun guru tidak pernah meminta dibalas jasa mereka tapi kita tetap kena hargai jasa mereka. Jasa mereka tidak dapat dibalas dengan wang ringgit kerana jasa mereka tidak ternilai. Baca lagi >>

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kejayaan Pasukan Leicester City?

Apa-Yang-Kita-Boleh-Belajar-Dari-Kejayaan-Pasukan-Leicester-CityTahniah diucapkan kepada pasukan LEICESTER CITY kerana berjaya muncul JUARA Liga Perdana Inggeris (Barclays Premier League) bagi musim 2015/2016. Kejuaraan kelab bolasepak Leicester City ini telah mengejutkan dunia bolasepak kerana mereka berjaya mengatasi kelab-kelab besar seperti Chelsea, Manchester City, Manchester United, Arsenal, Liverpool serta pasukan-pasukan lain.

Leicester City bermula sebagai sebuah pasukan yang kurang dikenali dan tidak diambil perhatian oleh peminat-peminat bolasepak seluruh dunia. Status mereka hanya sebagai sebuah pasukan kerdil yang bersaing di bahagian bawahan liga pada musim lepas. Misi mereka adalah untuk terus terselamat dari penyingkiran/relegasi dari Liga Perdana Inggeris. Akan tetapi mereka telah berjaya bangkit untuk menjadi pasukan juara bagi musim 2015/2016 ini. Baca lagi >>

Cara Bayar PTPTN Secara Online Guna Maybank2u

bayar ptptn guna maybank2u

Hutang pinjaman PTPTN perlu dibayar selepas tamat belajar. Biasanya perkara paling leceh adalah proses nak membayar tu rasa macam malas pun ada. Sebenarnya bukan malas, tapi sibuk sangat sampai lupa nak bayar PTPTN. Betul tak?

Ada banyak cara untuk membayar pinjaman PTPTN. Antaranya adalah dengan terus pergi ke mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan. Tapi mana sempat kan nak pergi sana. Jauh pulak tu. (Itu alasan yang biasa)

Jadi buatlah bayaran secara online kerana ia adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk bayar PTPTN. Sambil duduk rumah tu boleh juga bayar secara online. Baca lagi >>