Pada zaman sekarang kita boleh lakukan banyak perkara dengan lebih cepat dan mudah. Begitu juga dengan derma dan sedekah. Kita boleh bersedekah kepada sesiapa sahaja hanya melalui online sahaja.
Hari ni saya nak share salah satu kelebihan yang ada dalam aplikasi Boost iaitu kita boleh menderma kepada pelbagai badan kebajikan.
Kalau kebiasaannya kita boleh cari mana-mana badan kebajikan dan salin nombor akaun bank mereka. Kemudian kita transfer duit ke akaun bank mereka melalui online banking. Tapi cara tu agak lambat nak kena buat.
Dan bila guna Boost kita hanya perlu pilih di dalam senarai badan kebajikan dan terus transfer berapa sahaja jumlah yang kita nak dermakan.
Cara Menderma Melalui Aplikasi Boost
1) Buka app boost. Pada bahagian home pilih ‘Charities’.
2) Ada banyak badan kebajikan yang boleh dipilih. Dalam contoh ni saya pilih Aman Palestin.
3) Masukkan berapa sahaja jumlah yang kita ingin derma. Selepas tu tekan confirm.
4) Kemudian perlu masukkan no PIN yang telah kita tetapkan bagi tujuan keselamatan.
5) Pembayaran derma telah pun berjaya!
6) Resit pembayaran juga akan dihantar melalui email.
Mudah saja kan? Tak perlu lagi pening kepala nak ingat dan salin nombor akaun bank untuk buat pembayaran. Hanya beberapa klik saja dah selesai derma ke badan kebajikan yang kita mahukan.
Di dalam aplikasi Boost ni juga ada banyak lagi kelebihan lain yang kita boleh gunakan. Ia membantu memudahkan banyak urusan kita seharian. Contohnya nak bayar bil ke, nak topup ke, nak bayar parking ke, dan banyak lagi.
Jadi gunakan kelebihan yang ada pada aplikasi Boost ini dengan sebaiknya. Kita boleh jimat masa dan tenaga tanpa perlu keluarkan duit cash ditangan. Semuanya boleh dibuat secara online.
Anda boleh download Boost di Google Playstore atau App Store [KLIK SINI]. Selepas itu masukkan Invite Code: nikivdw
Semoga perkongsian ini bermanfaat.