Category Archives: Umum

Cara Bayar PTPTN Secara Online Guna Maybank2u

bayar ptptn guna maybank2u

Hutang pinjaman PTPTN perlu dibayar selepas tamat belajar. Biasanya perkara paling leceh adalah proses nak membayar tu rasa macam malas pun ada. Sebenarnya bukan malas, tapi sibuk sangat sampai lupa nak bayar PTPTN. Betul tak?

Ada banyak cara untuk membayar pinjaman PTPTN. Antaranya adalah dengan terus pergi ke mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan. Tapi mana sempat kan nak pergi sana. Jauh pulak tu. (Itu alasan yang biasa)

Jadi buatlah bayaran secara online kerana ia adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk bayar PTPTN. Sambil duduk rumah tu boleh juga bayar secara online. Baca lagi >>

Selamat Hari Guru 2015

Selamat-Hari-GuruRasanya masih belum terlambat untuk ucap Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia umumnya. Dan ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dari zaman sekolah rendah sehinggalah ke peringkat Universiti.

Tidak lupa juga kepada mereka yang pernah mengajar saya apa sahaja ilmu yang bermanfaat secara langsung atau tidak langsung. Anda juga adalah seorang penyampai ilmu yang bergelar seorang guru. Baca lagi >>

Sudah Tiba Masa Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Celcom?

Sudah-Tiba-Masa-Untuk-Ucap-Selamat-Tinggal-Kepada-CelcomSaya merupakan pelanggan setia Celcom Broadband sejak dari tahun 2010. Sudah hampir 5 tahun menjadi pelanggan setia celcom. Walaupun kadang-kadang talian internet macam siput babi, talian internet kena block sebab lambat bayar dan tetap kena bayar penuh walaupun tak dapat guna internet selama 2 bulan sebab kena block. Namun saya masih tetap setia guna celcom.

Saya menggunakan celcom broadband pakej student RM50 sebulan untuk 5GB. Sudah 5 tahun guna pakej broadband tu. Baru-baru ni saya nak bayar bil internet macam biasa sebanyak RM50 di kaunter celcom tapi terkejut bila diberitahu jumlah bil bulan lepas adalah RM70 lebih. Baca lagi >>

Pengalaman Hilang Beg Duit (Bahagian 2)

Pengalaman-Hilang-Beg-Duit-1Cerita ini adalah sambungan dari Pengalaman Hilang Beg Duit (Bahagian 1). Sila baca cerita di bahagian 1 dulu ya. Kalau tak nanti anda tak faham apa yang sedang berlaku.

*

Selepas mendapat panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali, saya pun cerita dekat kawan-kawan tentang panggilan telefon dari lelaki indonesia tersebut. Ada yang kata jangan percaya takut dia berniat jahat. Ada juga yang berani suruh ajak pergi jumpa dengan lelaki tersebut. Baca lagi >>

Pengalaman Hilang Beg Duit (Bahagian 1)

Pengalaman-Hilang-Beg-Duit-1Anda pernah ada pengalaman kehilangan beg duit atau dompet? Jika ya sudah tentu ianya adalah antara pengalaman yang menakutkan dalam hidup kita. Rasa takut, marah, sedih semua ada.

Jika dalam beg duit tak ada barang-barang penting memang tidak akan rasa apa-apa. Jika didalamnya terdapat barang-barang penting seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Kad ATM dan lain-lain. Jika ada duit yang banyak dalam beg duit lagi lah bertambah risau kan. Baca lagi >>