Pengalaman Hilang Beg Duit (Bahagian 2)

Pengalaman-Hilang-Beg-Duit-1Cerita ini adalah sambungan dari Pengalaman Hilang Beg Duit (Bahagian 1). Sila baca cerita di bahagian 1 dulu ya. Kalau tak nanti anda tak faham apa yang sedang berlaku.

*

Selepas mendapat panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali, saya pun cerita dekat kawan-kawan tentang panggilan telefon dari lelaki indonesia tersebut. Ada yang kata jangan percaya takut dia berniat jahat. Ada juga yang berani suruh ajak pergi jumpa dengan lelaki tersebut.

Saya pun tangguhkan dulu hasrat nak pergi jumpa sebab bimbang jika terjadi apa-apa (bimbang sebab takut kena peras ugut macam dalam cerita drama-drama melayu kat tv tu).

Beberapa hari kemudiannya, saya menelefon semula lelaki indonesia tadi untuk tanya dimana lokasi dia berada sebab saya nak pergi ambil beg duit dengan dia. Dia pun memberitahu nama tempat dia tinggal. Lupa dah apa nama kampung dia tinggal tu. Lagipun saya tak berapa nak kenal sangat nama-nama tempat di negeri pahang.

Rasa macam dah give up nak pergi ambil sendiri. (Mungkin ada yang kata kenapa tak suruh je mat indon tu serahkan beg duit tu dekat balai polis?) Saya pun terfikir macam tu tapi anda rasa semua orang indonesia berani ke nak jumpa dengan pihak polis? Silap haribulan dia yang kena tahan polis jika tak ada dokumen yang sah atau datang ke Malaysia sebagai pendatang tanpa izin.

Saya juga telah menceritakan kehilangan beg duit tersebut kepada kakak saya. Kebetulan kakak saya ada kawan dia yang tinggal di pahang dan kawan dia kenal dengan nama kampung tempat lelaki indonesia itu tinggal.

Kakak saya pun minta tolong dengan kawan dia tu. Kawan kakak saya nama dia Kak Ma. Kak ma telah menolong saya dan dia telah pergi ke tempat lelaki indonesia tadi untuk mengambil semula beg duit saya yang hilang. Kak ma bersama dengan ayah dia yang pergi. Kalau pergi sorang-sorang bahaya pulak kan.

Kak ma bagitahu yang lelaki indonesia itu adalah baik orangnya. Semasa lelaki indonesia itu pergi hantar beg duit saya, dia hanya naik motor buruk saja. Walaupun orangnya susah tapi hatinya baik untuk menghantar semula hak milik orang lain.

Bila saya dengar macam tu rasa terharu pulak. Tak sangka ada orang sebaik dia. Dia telah memulangkan kembali beg duit saya dalam keadaan sempurna seperti biasa tanpa ada kehilangan apa-apa barang didalamnya.

Sebenarnya proses perjalanan untuk dapat kembali beg duit tu adalah panjang tapi saya telah ringkaskan supaya tidak terlalu meleret. Haha

Jika anda tanya sekarang ni saya masih letak ke kad PUK tu dalam beg duit? Saya akan jawab ya kerana saya tak pernah buang. Tapi sekarang ni kad tu dah lusuh. Nombor telefon pun dah tak boleh baca.

Walaupun nampak membantu bila ada no telefon dalam beg duit, sekarang ni pun saya tak pernah letakkan nombor telefon dalam beg duit. Jika berlaku kehilangan lagi (semoga dijauhkan) maka saya akan tawakal saja kepada Allah.

Apa yang saya kongsikan dalam cerita ni bukan hanya sekadar cerita kosong. Apa yang terjadi banyak memberi pengajaran kepada diri saya sendiri. Jika anda faham cerita saya, mungkin anda boleh dapat pengajaran cerita yang saya cuba sampaikan.

1. Kita perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga barang peribadi yang penting terutamanya beg duit atau dompet. Jangan pandang ringan perkara ni. Perlu sentiasa beringat setiap masa. Hari ni mungkin tak berlaku tapi esok lusa kita tak tahu. Lebih baik mencegah dari terjadi. Jika berlaku kehilangan, mungkin kita tidak akan dapat kembali dah. Banyak masalah yang perlu kita atasi pula nanti. Semua nak kena buat baru.

2. Ada baik buruknya jika kita letak no telefon dalam beg duit. Jika beg duit kita dijumpai oleh orang yang baik. Dia akan akan menelefon untuk memulangkan semula beg duit itu kepada kita. Jika dijumpai oleh orang jahat, besar kemungkinan dia akan peras ugut kita. Dia juga tahu alamat rumah kita. Jadi terpulang kepada anda sama ada nak letak atau pun tidak.

3. Kita kena bersangka baik dengan orang lain. Walaupun orang itu adalah seorang warganegara asing tapi kita perlu bersangka baik kepada mereka. Mungkin hati mereka jauh lebih baik berbanding dengan diri kita. Mungkin mereka yang akan menolong kita semasa kita sedang susah. Hormati orang lain jika kita mahu dihormati.

4. Adakah semua yang berlaku tu adalah kebetulan saja? Walaupun berlaku secara kebetulan tapi saya yakin yang ia adalah ketentuan Allah. Masa tu saya masih belajar. Allah nak tolong memudahkan urusan hambaNya yang sedang menuntut ilmu. Ditakdirkan beg duit itu dijumpai oleh orang yang baik dan dapat kembali beg duit dalam keadaan baik. Kebetulan saja ada no telefon dalam beg duit saya tu walaupun saya tak pernah berniat nak letak no telefon dalam tu.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ianya adalah sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Bila ingat balik rindunya zaman belajar di kolej matrikulasi pahang dulu. Banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Rindu dekat kawan-kawan lama walaupun sekarang ni dah tak rapat seperti dulu kerana setiap orang sudah ada kerjaya dan kehidupan masing-masing.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *