5 Cara Buat Duit Melalui Blog

Cara-Buat-Duit-Melalui-BlogBlog merupakan salah satu medium yang bagus untuk menjana pendapatan di internet. Ada banyak cara buat duit melalui blog yang kita boleh belajar. Saya sendiri pernah buat duit melalui blog setelah beberapa kali melakukan try dan error. Semasa belajar di universiti dulu saya agak aktif menulis blog. Alhamdulillah dapat juga income melalui blog untuk buat belanja harian.

Di sini saya ingin berkongsi cara yang boleh dilakukan untuk buat duit melalui blog. Kalau nak diikutkan ada banyak teori-teori buat duit melalui blog. Tapi saya hanya kongsikan pengalaman saya sendiri cara untuk buat duit melalui blog.

1. Program pengiklanan PPC (Adsense, Nuffnang, dll..)

Letakkan iklan adsense dari nuffnang di dalam blog anda. Anda perlu mendaftar melalui laman web www.nuffnang.com.my. Apabila sudah ada akaun, boleh mendapatkan kod iklan untuk diletakkan didalam blog anda. Anda boleh letak iklan pada bahagian header, sidebar dan post. Saya sendiri pernah beberapa kali menerima cek dari nuffnang. Bagi anda yang ingin mencuba buat duit dari nuffnang boleh lah mencubanya.

2. Pengiklanan Sendiri (Jual Ruang Iklan)

Jika anda mempunyai blog yang bertrafik tinggi adalah sangat bagus untuk jual pengiklanan. Sudah pasti akan ada orang yang berminat beriklan kerana trafik yang tinggi sangat bagus untuk mempromosikan produk mereka. Anda boleh tawarkan ruang iklan berbayar di blog anda setiap bulan. Anda fokus kepada content blog menarik untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Kemudian barulah buka ruang iklan untuk disewa.

3. Advertorial / Review

Advertorial adalah satu bentuk iklan ulasan tentang produk. Anda akan terbitkan iklan dalam bentuk artikel. Artikel tersebut akan diterbitkan dalam blog anda. Jika blog anda mempunyai ramai pembaca, iklan berbentuk review ini sangat bagus untuk mempromosikan apa-apa produk. Anda boleh terbitkan artikel review yang dibayar atau anda sendiri menjadi agen produk dan membuat review tentang produk tersebut. Tapi elakkan dari terlalu kerap membuat iklan review ini kerana lama-lama pembaca akan bosan.

4. Promosi Produk Affiliate

Affiliate adalah agen kepada produk orang lain. Anda boleh daftar sebagai affiliate untuk mana-mana produk. Lepas tu anda boleh buat satu artikel berbentuk review. Tapi artikel review ni bukan dibayar oleh pemilik produk. Anda buat review supaya orang akan beli produk tersebut. Letakkan link affiliate di dalam ayat-ayat tertentu untuk menarik orang klik dan beli. Anda juga boleh letakkan banner affiliate didalam blog anda. Income hanya akan dapat apabila ada pembelian melalui link affiliate anda.

5. Jual Produk Sendiri

Ada boleh jual produk anda sendiri kepada pengunjung blog anda. Ianya boleh dilakukan mengikut kreativiti anda. Nak tulis artikel review, nak letak banner iklan, nak promosi kepada subscribers blog, promosi kepada fans blog di facebook dan banyak lagi cara untuk memaksimakan promosi kepada pengunjung blog anda. Jika anda mempunyai kredibiliti yang tinggi sebagai blogger, peluang untuk anda yakinkan orang lain akan lebih mudah. Orang akan lebih yakin untuk beli kerana mereka sudah mengenali siapa anda.

*

Sekiranya anda baru hendak mula berjinak-jinak buat duit melalui blog, jangan cepat berputus asa. Mungkin kejayaan itu tidak datang dalam sekelip mata. Teruskan menerbitkan artikel-artikel yang berkualiti di dalam blog anda. Jika kualiti blog anda bagus, peluang untuk anda jadikan blog sebagai mesin buat duit adalah sangat cerah.

Tambahkan lagi ilmu dalam bidang blogging kerana kita tidak dapat menjangka potensi sebenar yang bakal kita dapat melalui blog kita. Jjika kita betul-betul fokus tidak mustahil kita boleh dapat apa saja yang kita impikan.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

2 comments on “5 Cara Buat Duit Melalui Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *