Author Archives: Nik Thoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

(Jom sertai Contest Review Lynk.my 2015 untuk berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM4000)

Contest Review Lynk.my 2015 ini dianjurkan oleh penyedia perkhidmatan URL Shortener Malaysia iaitu website LYNK.MY. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang Lynk.my dan juga Contest Review ini, mari kita berkenalan dulu secara ringkas dengan (URL Shortener).

Sistem Peringkas URL (URL Shortener)

Uniform Resource Locator (URL) ataupun kita biasa sebut sebagai link website adalah benda yang selalu kita jumpa apabila melayari internet. Contoh URL / link website yang sudah biasa kita jumpa adalah URL milik google http://www.google.com.my, dan url milik facebook pula http://facebook.com serta banyak lagi url website lain. Baca lagi >>

Berusaha Untuk Mengatasi Sifat Malas

Berusaha Mengatasi Sifat Malas

Perasaan malas adalah perkara biasa yang selalu berlaku kepada manusia. Ia bergantung kepada diri kita bagaimana untuk menghadapinya. Tidak kiralah semasa kita masih belajar, sudah bekerja, berniaga sendiri atau apa saja perkara yang kita lakukan. Perasaan malas akan selalu datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja tidak kira masa atau tempat tanpa perlu dijemput.

Contohnya jika anda seorang pelajar, anda akan rasa malas belajar, malas buat kerja/tugasan yang diberikan oleh pensyarah, malas pergi kelas dan banyak lagi perasaan malas yang dihadapi. Perasaan malas ini adalah dugaan buat kita sebenarnya. Sekiranya ia menjadi amalan atau tabiat, ianya akan menyusahkan diri kita sendiri pada hari ini dan juga pada masa hadapan. Baca lagi >>

Cara Guna 2 Akaun Instagram Berbeza Dalam 1 Smartphone

Cara Guna 2 Akaun Instagram Berbeza Dalam 1 SmartphoneBiasanya kita akan mempunyai beberapa akaun instagram yang berbeza seperti akaun instagram personal, bisnes dan lain-lain. Apa yang menjadi masalahnya adalah kita tidak dapat membuka dua akaun instagram sekaligus dalam satu smartphone yang sama. Melainkan anda ada dua smartphone maka boleh lah anda buka dua akaun instagram sekaligus.

Saya akan kongsikan bagaimana anda juga boleh menggunakan dua akaun instagram sekaligus. Anda dapat buka akaun instagram personal dan akaun instagram bisnes anda pada masa yang sama. Baca lagi >>

Pembayaran FB Ads Menggunakan Online Banking Malaysia

Pembayaran-FB-Ads-Menggunakan-Online-Banking-MalaysiaPengiklanan menggunakan Facebook Ads sangat popular dikalangan peniaga online hari ini. Dengan adanya Fb Ads kita dapat mempromosikan produk kita kepada sesiapa sahaja yang kita mahu dengan mudah dan cepat. Sudah tentulah kita perlu mengeluarkan sedikit bajet untuk membayar iklan tersebut.

Jika sebelum ni saya pernah menggunakan FB Ads secara personal dan pembayaran biasanya dilakukan menggunakan kad debit Public Bank / kad debit Maybank. Alternatif lain yang ada adalah pembayaran menggunakan paypal. Baca lagi >>

3 Ciri Pelanggan Dalam Bisnes Online

3-Ciri-Pelanggan-Dalam-Bisnes-OnlineApabila berada dalam dunia perniagaan internet atau bisnes online, sebagai peniaga online kita pasti akan berjumpa dengan ramai prospek atau bakal pelanggan yang datang menghubungi kita melalui call/sms/facebook/whatsapp dan lain-lain untuk bertanyakan produk yang kita jual.

Kita perlu berusaha untuk melayani kesemua bakal pelanggan kita itu dengan sebaiknya. Mereka adalah orang yang sanggup membayar duit kepada kita kerana ingin mendapatkan produk yang kita jual. Tanpa mereka macam mana kita nak cari pembeli dan memperolehi untung berniaga.  Baca lagi >>