3 Ciri Pelanggan Dalam Bisnes Online

3-Ciri-Pelanggan-Dalam-Bisnes-OnlineApabila berada dalam dunia perniagaan internet atau bisnes online, sebagai peniaga online kita pasti akan berjumpa dengan ramai prospek atau bakal pelanggan yang datang menghubungi kita melalui call/sms/facebook/whatsapp dan lain-lain untuk bertanyakan produk yang kita jual.

Kita perlu berusaha untuk melayani kesemua bakal pelanggan kita itu dengan sebaiknya. Mereka adalah orang yang sanggup membayar duit kepada kita kerana ingin mendapatkan produk yang kita jual. Tanpa mereka macam mana kita nak cari pembeli dan memperolehi untung berniaga. 

Jadi kita sebagai penjual saling bergantungan antara satu sama lain dengan pelanggan. Pelanggan puas hati kerana dapat memiliki produk yang mereka mahu. Kita sebagai penjual pula merasa syukur dan gembira kerana berjaya memperolehi untung dalam perniagaan kita.

Biasanya kita akan sering bertemu dengan 3 ciri pelanggan ini semasa menjalankan perniagaan internet / bisnes online.

1) PELANGGAN 1 (TAK NAK BELI)

Biasanya pelanggan ciri yang pertama ini hanya sekadar cuci mata atau sekadar survey saja produk yang kita jual. Mereka langsung tidak berminat dengan produk yang kita jual. Biasanya pelanggan ini akan awal-awal lagi kata tak berminat dengan produk kita selepas kita memberitahu harga dan menceritakan kelebihan produk kita.

Kadang kala mereka akan banyak bertanya soalan kepada kita. Tapi selepas kita menjawab segala pertanyaan mereka, mereka kata tak berminat. Ataupun mereka senyap terus tanpa balas setelah kita cuba menjawab segala pertanyaan mereka.

Jika mereka tidak berminat, tidak mengapa. Kita tidak boleh paksa mereka untuk beli produk kita. Mahu atau tidak kita perlu abaikan saja mereka ini kerana ia boleh merugikan masa kita juga. Kita perlu fokus untuk dapatkan pelanggan-pelanggan lain yang lebih berminat untuk mendapatkan produk kita.

2) PELANGGAN 2 (50 – 50: NAK BELI / TAK NAK BELI)

Pelanggan yang ciri 50-50 ini adalah pelanggan yang perlu kita pujuk mereka supaya membeli produk kita. Biasanya mereka masih ragu-ragu kerana kurang percaya dengan kredibiliti kita sebagai penjual. Jadi tugas utama kita adalah untuk meyakinkan mereka. Gunakan testimoni untuk yakinkan kelebihan produk dan juga meyakinkan kita sebagai penjual yang jujur.

Kita perlu menjawab segala pertanyaan mereka kerana mereka masih ragu-ragu untuk membeli produk kita. Melalui pertanyaan, mereka sedang mencari jawapan mengapa mereka patut beli produk dengan kita.

Kita perlu ada skill ‘close sales’ yang boleh meyakinkan mereka dari tak nak beli kepada nak beli produk kita. Penting juga untuk kita sentiasa ‘follow up’ mereka ini bagi membina kepercayaan dan merapatkan lagi hubungan kita dengan mereka sebelum dan selepas mereka beli produk kita.

3) PELANGGAN 3 (PASTI NAK BELI)

Pelanggan yang berada dalam ciri ketiga ini adalah paling seronok dan disukai oleh semua penjual. Ini kerana kita tidak perlu bersusah payah untuk menyakinkan mereka supaya membeli produk yang kita jual. Mereka datang kepada kita kerana sudah ‘confirm’ nak beli. Kita hanya bagitahu harga dan cara pembayaran saja untuk mereka lakukan pembayaran kepada kita.

Mereka ini lebih mudah dilayan kerana kita tidak perlu menjawab bermacam-macam soalan yang rumit. Ore kelate kato, “Mudoh baso sene kiro, tok banyok songeh”.

Tidak ramai pelanggan yang memang sudah pasti nak beli produk kita. Pelanggan ciri ketiga ini adalah rezeki kepada kita. Pelanggan ciri-ciri lain juga rezeki. Tapi pelanggan ciri ketiga ini adalah rezeki yang datang lebih mudah kepada kita.

*

Sebagai kesimpulan, tidak kiralah dalam ciri mana pun pelanggan kita, kita perlu menghargai mereka semua dengan sebaiknya. Kita perlu melayani mereka semua secara adil dan sama rata tanpa memilih kasih.

Pelanggan akan datang dan pergi. Tapi ada pelanggan yang akan menjadi pelanggan setia kita. Mereka akan menjadi ‘repeat custumers’ yang setia membeli produk-produk kita pada masa hadapan.

Maka sebab itulah kita perlu melayani siapa sahaja pelanggan kita dengan sebaiknya kerana kita tidak tahu mungkin ada di antara mereka yang akan menjadi pelanggan setia kita di masa hadapan. Mereka jadi pelanggan setia kerana telah mempercayai dan terpikat dengan servis yang kita berikan kepada mereka.

Jadikan setiap saat yang mereka luangkan untuk membeli produk kita menjadi saat yang sangat selesa dan menggembirakan mereka. Mudahkan urusan mereka, pasti urusan kita juga akan dipermudahkan olehNya.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha