Biasanya kita akan mempunyai beberapa akaun instagram yang berbeza seperti akaun instagram personal, bisnes dan lain-lain. Apa yang menjadi masalahnya adalah kita tidak dapat membuka dua akaun instagram sekaligus dalam satu smartphone yang sama. Melainkan anda ada dua smartphone maka boleh lah anda buka dua akaun instagram sekaligus.
Saya akan kongsikan bagaimana anda juga boleh menggunakan dua akaun instagram sekaligus. Anda dapat buka akaun instagram personal dan akaun instagram bisnes anda pada masa yang sama.
Anda tidak perlu ada dua smartphone. Cukuplah satu saja senang nak bawa ke mana sahaja. Anda juga tidak perlu lagi buat cara lama dan lambat seperti kena logout dulu baru dapat login akaun satu lagi. Memang leceh dan lambat cara macam tu.
Bagaimana Cara Nak Guna Dua Instagram?
Caranya adalah sangat mudah. Kita akan dapat aktif 2 akaun instagram sekaligus dengan menggunakan Instwogram apps. Instwogram apps adalah klon kepada instagram apps. Ia sebijik dengan instagram apps yang asal.
Jadi kita akan dapat guna 2 akaun instagram berbeza dalam 1 smartphone yang sama. Kedua-dua akaun instagram kita akan aktif pada masa yang sama iaitu 1 akaun guna instagram apps dan 1 lagi akaun guna instwogram apps.
Syarat-syarat Guna Instwogram:
- Android ver 2.2+
- Tak perlu ROOT smartphone
Apabila menggunakan Instwogram, ia seolah-olah seperti anda sedang menggunakan instagram apps yang asal. Anda boleh add gambar dan video. Anda boleh follow orang lain. Anda boleh like gambar rakan-rakan.
Apa yang bestnya guna Instwogram ni adalah kita dapat terus download gambar-gambar yang dipost oleh rakan-rakan kita. Biasanya kalau guna instagram apps kita tak dapat nak download gambar-gambar. Cara biasa yang kita buat adalah screenshot dan crop gambar tersebut.
Apabila download gambar menggunakan instwogram apps, ia akan terus masuk ke dalam galeri gambar di dalam smartphone kita. Memang mudah dan menarik fungsi download yang ada ni.
Cara-cara Nak Guna Instwogram:
- Download file Instwogram ke dalam smartphone anda.
- Install Instwogram apps dalam smartphone seperti biasa.
- Buka instwogram dan login akaun instagram anda.
- Selamat menggunakan instagram ke-2 anda.
Buat masa ni saya telah menggunakan Instwogram dan berpuas hati dengan fungsi yang ada dan seperti menggunakan instagram biasa. Setakat ni tak ada masalah. Semuanya berjalan lancar.
Jika anda berminat nak cuba, boleh cuba. Tak rugi pun kalau cuba. Malah ia akan dapat memudahkan urusan anda juga. Melainkan anda sudah pun mempunyai 2 smartphone untuk guna 2 akaun instagram yang berbeza. Jika nak guna 1 smartphone saja, ini adalah cara yang ada. Selamat mencuba! 🙂