Author Archives: Nik Thoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

5 Kelebihan Menggunakan WordPress

Kelebihan-Menggunakan-WordPressSalah satu perisian (software) yang paling popular dalam dunia website dan blog adalah perisian WordPress. Perisian wordpress adalah perisian percuma yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Perisian ini boleh di download dan install dalam web hosting kita dengan mudah tanpa perlu memikirkan coding yang rumit.

Ramai pengguna termasuk saya sendiri telah memilih untuk menggunakan wordpress adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan software lain yang ada di pasaran internet hari ini. Saya ingat lagi pertama kali saya guna sistem wordpress terus tertarik dan jatuh cinta. Sampai hari ini saya masih menggunakan wordpress dalam dunia blogging. Baca lagi >>

Sedekah Membantu Memudahkan Urusan

Sedekah Membantu Memudahkan UrusanSaya ingin berkongsi pengalaman tentang keajaiban sedekah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Pengalaman ini telah berlaku beberapa bulan yang lepas. Dah lama rasa nak berkongsi tapi asyik tertangguh saja dan baru hari ini berkesempatan untuk menulis.

Semasa hendak pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur, saya singgah seketika di KL Sentral untuk solat asar disana. Sampai disana saya terlihat ada seorang lelaki berusia yang sedang menjual buku-buku agama kepada pengunjung surau yang telah siap solat. Baca lagi >>

5 Tip Untuk Dapatkan Tidur Yang Cukup

Dapatkan Tidur Yang CukupSalah satu masalah yang biasanya berlaku kepada sesiapa sahaja adalah susah untuk tidur pada waktu malam. Masalah susah untuk dapatkan tidur yang mencukupi ini akan menyebabkan diri kita tidak bermaya di siang hari.

1. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memaksa diri kita untuk tidur awal iaitu diantara jam 10 – 11 malam. Jika waktu semakin lewat malam maka semakin susah untuk kita tidur dan kita tidak akan dapat waktu tidur yang mencukupi. Baca lagi >>

5 Tip Memulakan Bisnes T-Shirt Online

5-Tip-Memulakan-Bisnes-T-Shirt-Secara-Online

Bisnes t-shirt adalah bidang bisnes yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sama ada anda menjalankan perniagaan sendiri atau bekerja dengan orang lain. Ianya boleh dijalankan secara part time atau fulltime. Bagi memudahkan perjalanan anda memulakan bisnes t-shirt, saya akan kongsikan beberapa tip bagaimana cara anda boleh memulakan bisnes t-shirt sendiri secara online.

Apakah yang saya kongsikan ini hanya asas-asas penting yang perlu anda lakukan supaya dapat memudahkan perjalanan bisnes t-shirt online yang anda jalankan. Ianya dari pengalaman sendiri dan juga perkongsian dari otai-otai bisnes t-shirt. Baca lagi >>