Salah satu masalah yang biasanya berlaku kepada sesiapa sahaja adalah susah untuk tidur pada waktu malam. Masalah susah untuk dapatkan tidur yang mencukupi ini akan menyebabkan diri kita tidak bermaya di siang hari.
1. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memaksa diri kita untuk tidur awal iaitu diantara jam 10 – 11 malam. Jika waktu semakin lewat malam maka semakin susah untuk kita tidur dan kita tidak akan dapat waktu tidur yang mencukupi.
2. Jauhkan dari telefon bimbit. Telefon akan menganggu tidur kita. Tutup atau silent telefon bagi mengelakkan mesej atau call dari orang lain. Jika kita asyik melayan telefon maka kita tidak akan sedar waktu semakin lewat malam dan kita tidak dapat tidur dengan lena kerana gangguan.
3. Kurangkan cahaya atau tutup terus lampu. Cahaya yang terang boleh menyebabkan kita tidak dapat melelapkan mata. Kita akan lebih mudah lena jika tidur dalam keadaan gelap. Tutup segala sumber cahaya lain seperti skrin laptop dan juga cahaya dari telefon bimbit.
4. Kurangkan bunyi bising seperti lagu atau radio. Tidur dalam keadaan sunyi dan tenang. Bunyi bising sudah tentu menganggu kita untuk tidur. Boleh pasang bacaan ayat Al Quran supaya dapat memberi ketenangan kepada diri kita dan memudahkan diri kita untuk terlelap dan tidur.
5. Elakkan sama sekali terlebih tidur di siang hari. Ini kerana tidur di siang hari merupakan faktor utama kita susah untuk tidur pada waktu malam. Ya tidur yang berlebihan pada waktu siang akan menyebabkan diri kita susah untuk tidur lena pada waktu malam. Jika mahu tidur siang boleh iaitu tidur sekejap pada waktu tengahari. Ia akan memberi kita rehat dan dapat melakukan segala kerja dengan lebih segar dan bermaya.
*
Untuk mengatasi masalah tidur sebenarnya tidak ada cara khusus yang betul-betul boleh berkesan kepada setiap orang. Ini kerana diri setiap orang adalah berbeza cara penerimaan mereka dan berbeza gaya hidup mereka seharian.
Kita hanya boleh berikhtiar untuk mendapat rehat yang cukup pada waktu malam seterusnya membantu kita melakukan pekerjaan dalam keadaan segar dan bertenaga pada waktu siang. Mendapat waktu tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan kita. Kita perlulah berusaha untuk menjaga kesihatan diri kita dengan sebaik mungkin.
Kadang2 badan yang terlalu letih pun taknak tidur.
Biasakan ambil susu ataupun apa2 yang ada kalsium.
Sebab ia bantu utk relaks kan saraf kita untuk mudah terlena.
Terima kasih atas perkongsian.