Author Archives: Nik Thoha

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Hargai Kelebihan Diri Kita

Hargai Diri SendiriDalam hidup ini kita akan selalu melihat diri kita yang serba kekurangan apabila membandingkan kelebihan yang ada pada diri orang lain. Kita selalu melihat kecantikan yang ada pada diri orang lain melebihi diri kita. Kita melihat kekayaan yang ada ada pada diri orang lain melebihi diri kita.

Tidak salah untuk kita membandingkan diri kita dan orang lain. Cuma jangan sampai kita terlalu merasa kecewa kerana tidak memiliki kelebihan seperti orang lain. Baca lagi >>

Tempat Yang Menjadi Kebiasaan

Tempat Yang Menjadi KebiasaanDalam kehidupan kita seharian sudah tentu ada tempat yang akan menjadi kebiasaan untuk kita selalu pergi ke tempat tersebut. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya kepada anda semua.

Apa yang membuatkan saya tiba-tiba terfikir adalah setiap kali saya ingin gunting rambut saya mesti akan pergi ke kedai gunting rambut yang sama sejak dari dulu lagi. Kedai gunting rambut tersebut bukannya dekat tapi saya sanggup pergi jauh semata-mata untuk gunting rambut di situ. Baca lagi >>

Berkat Sedekah Hari Jumaat

Salam-Jumaat(Gambar hanya sekadar hiasan)

Dihari jumaat yang mulia dan penuh berkat, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat dan juga bersedekah. Semoga amalan yang kita lakukan akan diberkati olehNya.

Saya ingin berkongsi satu pengalaman tentang keajaiban sedekah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Amalan sedekah ini saya lakukan pada hari jumaat iaitu selepas selesai menunaikan solat jumaat saya akan memasukkan sedikit wang ke dalam tabung masjid. Baca lagi >>

Paksa Diri Untuk Membaca

Amalan  Membaca BukuAmalan membaca sememangnya sangat bermanfaat kepada manusia. Manusia itu jahil pada asasnya. Jadi kita perlu berusaha untuk tambah ilmu dalam diri kita dan salah satu caranya adalah dengan membaca selain perlu berguru kepada mereka yang lebih alim.

Membaca buku sangat susah untuk diamalkan jika diri kita ini sentiasa dipenuhi dengan sifat malas dan suka mencari alasan. Jika nak tunggu kita betul-betul bersedia untuk membaca mungkin ianya hanya tinggal harapan. Bukan untuk melemahkan semangat anda tapi hanya ingin mengatakan apa yang berlaku kepada diri saya sendiri. Baca lagi >>

Terus Bergerak Maju Ke Hadapan

Terus Bergerak Maju KehadapanDalam hidup ini kita tidak akan terlepas dari ujian. Apa sahaja ujian yang kita hadapi ia akan menjadikan diri kita lebih kuat untuk melayari kehidupan ini. Orang yang lemah akan rebah begitu sahaja dan hanya akan berserah pada nasib semata-mata. Setiap ujian yang kita hadapi, jadikan ia sebagai pengajaran berguna untuk kita terus bergerak maju ke hadapan. Baca lagi >>