Tempat Yang Menjadi Kebiasaan

Tempat Yang Menjadi KebiasaanDalam kehidupan kita seharian sudah tentu ada tempat yang akan menjadi kebiasaan untuk kita selalu pergi ke tempat tersebut. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya kepada anda semua.

Apa yang membuatkan saya tiba-tiba terfikir adalah setiap kali saya ingin gunting rambut saya mesti akan pergi ke kedai gunting rambut yang sama sejak dari dulu lagi. Kedai gunting rambut tersebut bukannya dekat tapi saya sanggup pergi jauh semata-mata untuk gunting rambut di situ.

Saya mula gunting rambut disana sejak dari zaman persekolahan lagi. Kedai tu dekat je dengan sekolah saya dulu tapi agak jauh juga dari rumah saya. Saya tidak kisah pun kena pergi jauh kerana bukan hari-hari pergi. Orang lelaki akan gunting rambut kadang-kadang sebulan sekali je. Sebab tu saya tak kisah pergi jauh-jauh ke kedai tersebut.

Apa yang membuatkan saya terus pergi ke kedai tersebut adalah mungkin kerana saya selesa gunting rambut disitu. Tuan kedai disitu juga melayan saya dengan baik. Tuan kedai itu dah kenal muka saya ni yang selalu menjadi pelanggan setia di kedai tersebut. Kedai gunting tu tidaklah besar mana cuma kedai biasa saja.

Jika pergi ke kedai makan, pasar malam, bazar ramadhan, atau tempat-tempat makan lain, saya mungkin akan cuba mencari kedai makan yang berbeza-beza untuk merasai makanan di kedai tersebut. Termasuklah bagaimana layanan yang diberikan oleh pekerja kedai makan tersebut.

Tapi dalam banyak-banyak kedai makan yang saya pergi, pasti ada satu kedai makan yang akan menjadi kebiasaan untuk saya selalu pergi makan di sana. Mungkin sebab makanannya sedap atau peniaganya yang melayan saya dengan baik membuatkan saya berasa selesa untuk terus pergi makan kat situ.

Apa yang saya boleh lihat dari contoh situasi diatas adalah, saya pasti akan ada tempat yang menjadi kebiasaan untuk pergi berbanding dengan tempat-tempat yang lain yang hampir sama. Mungkin kerana ianya telah menjadi kebiasaan bagi diri saya sendiri. Saya juga mungkin berasa lebih selesa apabila berada di sana. Mungkin juga kerana sifat peniaga yang jujur dan baik hati kepada pelanggan mereka.

Bagi orang yang berniaga, mereka sebenarnya tidak perlu menggunakan ilmu pelaris apa pun. Kena cari keberkatan dalam perniagaan yang dilakukan. Kalau berniaga kena la jujur dan ikhlas maka pelanggan akan datang dengan sendiri. Mereka juga perlu bijak dan pandai mengambil hati pelanggan. Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas kepada pelanggan. 😀

Jika itu yang mereka lakukan, mereka tidak perlu susah-susah menarik pelanggan tapi pelanggan yang akan datang dengan sendiri ke tempat mereka. Itulah yang dinamakan pelanggan setia, seperti yang berlaku kepada saya sendiri.

Tempat yang menjadi kebiasaan bagi diri kita mungkin tidak akan sama dengan orang lain. Setiap orang pasti mempunyai pandangan mereka sendiri. Tempat yang kita biasa pergi, tapi bagi orang lain mungkin mereka tidak biasa ditempat tersebut. Tapi tak penting jika orang lain biasa ataupun tidak. Apa yang lebih penting hanya diri kita yang tahu apa yang terbaik yang diri kita mahu. Hanya diri kita yang suka dan selesa dengan tempat tersebut.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *