Terus Bergerak Maju Ke Hadapan

Terus Bergerak Maju KehadapanDalam hidup ini kita tidak akan terlepas dari ujian. Apa sahaja ujian yang kita hadapi ia akan menjadikan diri kita lebih kuat untuk melayari kehidupan ini. Orang yang lemah akan rebah begitu sahaja dan hanya akan berserah pada nasib semata-mata. Setiap ujian yang kita hadapi, jadikan ia sebagai pengajaran berguna untuk kita terus bergerak maju ke hadapan.

Aura atau suasana sekeliling kita perlu berubah dari negatif kepada positif. Disekeliling kita ada ramai orang yang sentiasa memberikan aura negatif. Jauhkan diri kita dari mereka. Ramai orang yang suka melihat kita jatuh. Abaikan mereka semua. Kita tidak dapat mengubah orang dan tidak dapat puaskan hati semua orang. Kita perlu berusaha untuk ubah diri kita sendiri menjadi lebih baik. Sentiasa berfikiran positif yang kita boleh berjaya. Kita yang akan menentukan hidup kita sendiri.

Hidup kena ada impian dan matlamat masa hadapan. Tapi ianya tidak cukup jika kita tidak mengambil apa-apa tindakan. Mulakan dari langkah pertama. Rancang perjalanan hidup kita seterusnya. Buatlah apa sahaja keputusan yang dapat memberi manfaat kepada diri kita hari ini dan juga masa hadapan kita.

Kita hidup di dunia ini bukannya untuk sentiasa puaskan hati orang lain. Kita perlukan fikirkan diri kita sendiri dan keluarga kita. Keluarga kita adalah insan yang paling penting di dunia ini. Merekalah insan yang akan sentiasa menyokong kita di masa senang dan juga susah. Kita perlu hargai mereka dengan sebaiknya.

Walau sebesar mana sekalipun masalah yang kita hadapi dalam hidup ini ingatlah yang DIA akan sentiasa bersama dengan kita. Berdoalah dan meminta kepadaNya. Hanya kepadaNya tempat kita memohon pertolongan.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *