Pada artikel yang sebelum ini saya ada menerangkan tentang pengenalan kepada website domain. Hosting pula adalah satu tempat yang disewa dari sebuah server untuk kita menyimpan fail-fail, maklumat dan data website kita. Didalam sebuah server itu ada banyak ruang yang boleh disewa oleh sesiapa sahaja untuk menyimpan fail bagi website mereka seperti HTML, database, gambar dan sebagainya.
Jika kita dah ada nama kedai (domain) dan kedai yang disewa (hosting) maka orang ramai akan dapat mengenali kedai kita atau jika di internet orang ramai akan dapat mengenali website kita.
Antara ciri-ciri penting dalam memilih hosting adalah:
Harga Hosting Yang Berpatutan
Pastikan harga hosting yang kita beli sesuai dengan kemampuan kita. Ada banyak syarikat hosting diluar sana yang menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan mereka. Kita boleh buat survey terlebih dahulu perkhidmatan hosting mana yang menawarkan pakej hosting yang terbaik untuk kita gunakan hosting dari mereka. Diperingkat permulaan kita boleh beli hosting yang murah dulu. Apabila website kita semakin dikenali dan semakin ramai pengunjung maka kita boleh upgrade hosting kita secara berperingkat.
Server Yang Stabil
Kestabilan server adalah sangat penting bagi sebuah website. Bayangkan jika server asyik down beberapa kali dalam sebulan. Sudah tentu kita yang akan rugi kerana ramai pelawat yang tidak dapat masuk ke website kita. Mungkin sukar untuk kita menentukan syarikat hosting mana yang bagus. Tetapi kita boleh bertanya kepada orang lain yang mempunyai pengalaman menggunakan hosting. Jika mereka boleh mengesyorkan syarikat hosting yang mereka guna, itu bermakna mereka berpuas hati dengan kestabilan server dari syarikat hosting tersebut.
Khidmat Bantuan Dan Sokongan
Khidmat bantuan dan sokongan adalah penting jika kita mempunyai sebarang masalah berkaitan hosting. Apa sahaja masalah yang diadukan oleh pelanggan akan segera dijawab oleh syarikat hosting dalam masa yang cepat. Itulah ciri-ciri syarikat perkhidmatan hosting yang terbaik kerana mereka sangat mengutamakan pelanggan. Khidmat bantuan dan sokongan adalah sama ada melalui email, telefon ataupun sms. Tidak kiralah apa jenis cara sekalipun tetapi yang penting ianya adalah cepat dan pantas.
Perkhidmatan Backup Yang Baik
Bayangkan jika kita tidak backup fail-fail didalam server dan tiba fail-fail itu rosak ataupun kita tidak sengaja ter ’delete’ fail-fail penting. Kita akan rugi besar kerana terpaksa membina semula website kita dari mula. Tetapi kita boleh bertanya kepada syarikat hosting yang kita sewa itu berapa kerap mereka melakukan backup. Kita boleh minta mereka gantikan semula fail-fail yang hilang itu jika mereka ada membuat backup fail-fail yang hilang tersebut.
Sebagai kesimpilan, sangat penting bagi kita memilih perkhidmatan hosting yang terbaik untuk website kita. Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan hosting, saya syorkan anda untuk menyewa hosting anda sendiri di syarikat hosting NETKL Network. Saya telah menggunakan hosting di NETKL Network sejak dari tahun 2009 lagi. Dan saya yakin dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NETKL Network ini. Anda boleh mendapatkan hosting pada harga yang sangat berpatutan. Klik disini untuk dapatkan hosting terbaik bagi website anda.