Topik Amanah dalam Laman Sosial ini telah dibincangkan oleh Ustaz Dr. Izhar Ariff melalui rancangan Assalamualaikum di TV Alhijrah. Topik ini sangat menarik kerana ianya berkaitan perkara yang berlaku dalam kehidupan kita seharian yang mana kita telah menjadikan media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsapp dan lain-lain sebagai suatu kemestian yang penting pada masa kini.
Saya akan kongsikan semula berdasarkan 3 point utama yang dikongsikan oleh beliau kepada para penonton. Moga bermanfaat. Baca lagi


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini 1436H bersama dengan tahun 2015 Masihi. Peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan hanya setahun sekali sahaja selama 1 bulan. Kita perlu menghargai nikmat yang kita perolehi ini dengan sebaiknya.
Rezeki boleh dijemput melalui pelbagai cara. Perkongsian tentang rezeki ini saya sempat take note semasa menonton rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah yang bersiaran dari jam 8 pagi hingga 10.30 pagi. Ada satu slot iaitu bersama dengan Ustaz Dr. Izhar Ariff. Beliau merupakan salah seorang pendakwah yang terkenal di negara kita.