Sentiasa Yakin Dengan Rezeki Dari Allah

Sentiasa Yakin Dengan Rezeki Dari AllahSITUASI 1: Pernah tak ada pengalaman macam ni. Semasa belajar di sekolah/universiti dulu kita study siang malam untuk menghadapi hari exam. Ada sahabat kita seorang tu dia study tak berapa sangat. Pastu boleh siap enjoy main game lagi. Kita tengok pun jeles sebab dia nampak relaks je macam tak kisah sangat dengan exam.

Tapi bila dapat result kita dapat keputusan yang lebih rendah dari sahabat kita tu. Dia dapat result lebih power dari kita. Apa perasaan kita masa tu? Marah? Geram? Tak puas hati? Kecewa? Semua ada kan.

SITUASI 2: Sama juga dalam dunia perniagaan. Kita belajar sana sini pergi seminar, kursus, baca buku, beli ebook dan macam-macam lagi cara untuk menambahkan ilmu dalam perniagaan. Banyak duit telah habis dan telah amalkan segala ilmu yang dipelajari.

Tapi hasil dari keuntungan bisnes tidak seberapa walaupun dah lama dalam dunia perniagaan. Ada sahabat kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, baru sekejap masuk dunia perniagaan tapi income dari bisnes yang dia buat lebih banyak dari kita tiap-tiap bulan. Kita akan rasa macam dunia ni tidak adil.

Sebagai hamba yang beriman, kita kena yakin yang setiap rezeki yang kita perolehi semuanya adalah ketentuan dari Allah. Berbalik kepada dua situasi di atas, kita mungkin pernah mengalami seperti situasi-situasi tersebut. Apa yang berlaku itu adalah ujian dariNya.

Kita perlu bersabar dan yakin akan rezeki dari Allah. Memang benar kita telah berusaha sedaya upaya tapi yang memberi kita rezeki adalah Allah. Perancangan Allah sudah pasti yang terbaik untuk setiap hambanya.

Setiap orang diberikan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mungkin kita tidak tahu disebalik kejayaan yang dikecapi oleh sahabat kita tersebut, ada ujian lain yang Allah berikan kepada dia diluar pengetahuan kita.

Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah. Kita juga hendaklah bersangka baik kepada sahabat kita yang lebih berjaya dari kita. Tidak perlu marah atau dengki dengan kejayaan mereka. Kita perlu redha, bersabar dan sentiasa berusaha dengan lebih baik lagi. Rezeki pasti akan datang kepada kita.

Ada Orang Cepat Dapat Hasil, Ada Yang Lambat

Realiti kehidupan, ada orang yang buat kerja sikit tapi dapat hasil yang banyak. Dan ada pula orang yang buat kerja banyak tapi dapat hasil hanya cukup-cukup makan saja.

Memang lumrah hidup yang rezeki tidak datang cepat mengikut masa yang kita mahukan. Kuncinya adalah sabar dan yakin yang Allah akan berikan rezeki mengikut keperluan diri kita bukan mengikut kemahuan kita.

Sentiasa Amalkan amalan menjemput Rezeki

Banyak sebenarnya amalan untuk menjemput rezeki yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian. Anda boleh merujuk kepada artikel lepas tentang Cara Untuk Menjemput Rezeki.

Kita perlu sentiasa konsisten dalam melakukan amalan-amalan menjemput rezeki. Bukan hanya sekali buat lepas tu terus berharap rezeki akan datang bergolek.

Tidak Putus Asa dan Terus Berusaha

Kita tidak tahu bila kita akan mendapat hasil dari usaha yang kita lakukan. Mungkin hanya sedikit sahaja lagi untuk kita kecapinya tapi kita telah berputus asa. Alangkah ruginya jika berhenti sebelum mencapai kejayaan  yang hanya tinggal sedikit saja lagi.

Kita juga tidak boleh hanya mahu berserah pada nasib semata-mata. Atas alasan semuanya sudah ditentukan. Kita perlu ingat Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasib diri mereka sendiri.

Itu bermakna kita masih mempunyai pilihan untuk mengubah hidup kita. Kita perlu berusaha untuk mengubah kehidupan kita supaya menjadi lebih baik.

Sentiasa Bersyukur Walaupun Sedikit

Jika kita adalah ‘sahabat’ seperti yang disebut dalam situasi-situasi diatas, iaitu kita hanya buat kerja sikit tapi dapat hasil banyak, itu juga merupakan satu ujian. Allah nak uji adakah kita seorang hamba yang bersyukur atau tidak.

Tidak kira hasil yang kita dapat itu sedikit atau banyak, kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah. Hasil yang banyak bermula dari yang sedikit.

Jika kita tidak bersyukur dengan nikmat yang kecil bagaimana pula nanti jika diberi nikmat yang lebih besar?

Hargai pemberian walaupun pemberian yang kecil saja. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Janganlah kita menjadi orang yang sombong dan tidak pandai bersyukur.

Jika mahu dihitung, ada terlalu banyak nikmat yang kita perolehi dalam hidup ini. Kita sangat beruntung jika menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sama ada nikmat yang kecil atau besar. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi rezeki yang mencurah-curah dalam kehidupan kita. InsyaAllah.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *