Salah satu perisian (software) yang paling popular dalam dunia website dan blog adalah perisian WordPress. Perisian wordpress adalah perisian percuma yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Perisian ini boleh di download dan install dalam web hosting kita dengan mudah tanpa perlu memikirkan coding yang rumit.
Ramai pengguna termasuk saya sendiri telah memilih untuk menggunakan wordpress adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan software lain yang ada di pasaran internet hari ini. Saya ingat lagi pertama kali saya guna sistem wordpress terus tertarik dan jatuh cinta. Sampai hari ini saya masih menggunakan wordpress dalam dunia blogging.
Saya pernah guna platform percuma seperti blogger tapi ia tidak kekal lama kerana saya memilih untuk bertukar kepada wordpress dan terus setia bersamanya. Ada juga platform wordpress percuma iaitu wordpress.com tapi perisian wordpress yang saya guna ini di pasang pada nama domain sendiri. Ianya tidak sama dengan wordpress.com
Saya ingin berkongsi 5 sebab kenapa pemilik blog harus memilih perisian WordPress sebagai platfom utama website mereka.
1. User Friendly
User friendly atau dalam bahasa mudahnya mesra pengguna. Inilah sebab utama kenapa saya memilih untuk menggunakan wordpress. Ini kerana sistem nya sangat mudah untuk digunakan oleh sesiapa saja walaupun dia seorang buta IT. Bahagia administrator sangat mudah untuk digunakan.
Pengalaman saya masa pertama kali guna dulu hanya ambil masa beberapa hari untuk faham dan mahir menggunakannya. Tapi ia bergantung kepada individu juga bagaimana mereka cepat atau lambat untuk mahir. Mungkin sebab saya ini pelajar jurusan IT, hari-hari bermain dengan sistem website maka lebih cepat mahir semasa pertama kali guna wordpress.
2. Terdapat Ribuan Plugin
Apa yang best apabila menggunakan wordpress adalah ianya terdapat ribuan plugin yang boleh kita gunakan secara percuma. Plugin ni macam satu code javascript atau code apa saja yang boleh kita gunakan untuk membina contact form, nak buat popup ke, nak hias blog bagi cantik, nak letak butang facebook atau twitter dan banyak lagi.
Kita tak perlu pening-pening kepala sangat nak fikir pasal coding tapi hanya perlu install dan guna saja. Kalau rasa tak suka boleh delete semula plugin tu. Biasanya apabila nak pilih plugin mana yang sesuai dengan blog saya, saya akan try and error plugin yang mana paling best untuk digunakan.
3. Mesra ‘Search Engine’
Untuk mendapatkan pelawat secara percuma adalah melalui ‘Search Engine’ seperti Google. Kita tidak perlu penat-penat nak promosi artikel yang kita tulis tapi pembaca akan datang sendiri melalui google. Jika mereka menaip apa-apa keyword yang berkaitan dengan artikel yang kita tulis maka artikel itu akan keluar pada halaman pertama google. Orang pun akan klik dan baca.
WordPress adalah platform yang mesra dengan enjin carian google. Kita boleh gunakan keyword-keyword yang menarik dan tinggi cariannya maka website kita akan keluar pada halaman pertama google. Terdapat juga beberapa plugin SEO yang boleh kita gunakan untuk menjadikan website atau blog kita mesra enjin carian.
4. Menepati Website Standard
WordPress bukan hanya sekadar digunakan dalam dunia blogging sahaja. Tapi ia juga digunakan untuk membina website korporat. Saya sendiri pernah berpengalaman bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Selangor. Dan saya lihat banyak website yang mereka bina menggunakan wordpress sebagai platform utama dalam membina website standard.
Saya sendiri pernah membina website korporat untuk klien syarikat tersebut dengan menggunakan sistem wordpress. Jadi kita boleh lihat yang perisian wordpress bukan hanya untuk kegunaan blog sahaja malah ianya sangat luas kegunaannya dalam dunia website hari ini.
5. Komuniti Sokongan Yang Luas
Khidmat sokongan sangat penting jika kita mempunyai apa-apa masalah yang berkaitan dengan perisian wordpress. Pihak wordpress menyediakan satu komuniti sokongan kepada penggunanya. Jika kita mempunyai apa-apa masalah kita boleh ajukan terus kepada mereka. Ada ramai lagi pengguna wordpress yang boleh membantu kita mengatasi masalah berkaitan dengan sistem wordpress yang kita gunakan.
Tidak perlu risau kerana sepanjang saya gunakan wordpress sejak dari tahun 2009 lagi, tiada masalah besar yang saya hadapi dan jika ada masalah pun ianya boleh diatasi dengan bantuan dari google. 🙂
*
Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada bagi mereka yang menggunakan perisian wordpress. Apa yang saya kongsikan diatas adalah sebahagian saja. Oh ya sekarang ni kan zaman Telefon Pintar (smartphone) atau zaman Mobile Apps. Cuba search WordPress apps dalam Google Playstore. Saya sendiri telah pun mencuba WordPress apps. Ianya sangat mudah untuk digunakan.
Saya boleh update blog hanya dengan menggunakan smartphone saja. Tak perlu lagi nak susah-susah buka laptop kalau nak tulis apa-apa. Tapi kekurangannya adalah saya ni jenis lambat sikit nak menaip guna smartphone.
Apa yang best jika idea tu datang dengan tiba-tiba saya hanya perlu taip dalam apps tu dulu point-point penting. Apabila berada dirumah dalam keadaan relaks, saya akan buka laptop dan membuat ulasan dengan lebih details lagi idea yang telah saya simpan dalam draft. Amat rugi jika idea tu datang tiba-tiba tapi kita tidak dapat nak tulis. Dengan adanya WordPress apps ianya sangat membantu saya.
Bagi anda yang berminat untuk belajar menggunakan perisian WordPress, anda boleh hubungi saya secara online. Kita boleh buat Personal Coaching. Kalau nak buat tempahan untuk saya siapkan website wordpress anda pun boleh. Soal harga kita boleh bincang details melalui email. Saya akan cuba membantu anda mengikut apa yang saya termampu dalam dunia perisian WordPress ini. InsyaAllah semoga bermanfaat untuk semua.
sangat sangat setuju dengan pendapat ni.
Terima kasih tuan kerana bersetuju dengan ulasan saya yang tak seberapa ni.
banyak sangat kelebihannya.tapi tak ramai yang ambil peduli sangat..:D
Ya memang betul. Mungkin ramai yang belum berkesempatan untuk belajar tentang wordpress ni.