Ada satu situasi, seorang lelaki bernama Mark Zakeri telah tumpang tinggal di sebuah rumah secara percuma. Dia telah diberi sebuah bilik secara percuma tanpa kena bayar sewa apa-apa pun. Tuan rumah memberitahu Mark yang dia boleh tinggal dan buat apa saja yang dia suka di dalam bilik itu. Mark pun tinggal di dalam bilik itu dengan rasa gembira.
Pada suatu hari, tuan rumah menyuruh Mark bertukar bilik. Dia kena tinggal dalam bilik baru yang lain. Mark pun dengan rasa berat hati memberitahu tuan rumah yang bilik asal dia dah cantik, bilik baru tak cantik. Dia tak suka dengan bilik baru. Tuan rumah tidak mempedulikan rungutan dari Mark.
Tapi akhirnya Mark terpaksa redha dan terpaksa terima bilik yang baru sebab dia tinggal dalam rumah tu pun secara percuma sahaja.
Situasi di atas boleh diibaratkan kepada kisah yang berlaku dalam kehidupan kita seharian di laman sosial Facebook. Kita lihat sejak beberapa tahun kebelakangan ni Facebook kerap kali menukar ‘interface’ mereka kepada yang baru. Kita sebagai pengguna facebook telah banyak kali merasai perubahan ini.
Contohnya satu masa dahulu, sebelum facebook bertukar kepada Timeline kita telah biasa menggunakan Wall. Apabila Facebook telah memperkenalkan Timeline ramai yang tidak suka dan tidak berpuas hati dengan fungsi Timeline. Ramai yang merungut dan meroyan di facebook dengan mengatakan fungsi timeline teruk, buruk dan sebagainya.
Tapi pihak facebook tidak pernah berpatah balik ke belakang. Akhirnya kita sebagai pengguna facebook terpaksa redha dengan apa saja perubahan yang berlaku pada facebook kerana kita menggunakan facebook pun secara percuma.
Bagi mereka yang menjalankan bisnes menggunakan Facebook Ads, biasanya bahagian interface, fungsi-fungsi yang ada dalam fb ads akan selalu berubah. Mahu tak mahu anda kena cepat untuk mahirkan diri dengan fungsi baru yang ada. Jika lambat mahir, anda akan ketinggalan la jawabnya berbanding pesaing anda yang lebih cepat mahir dalam FB Ads.
Trend perniagaan internet masa kini juga akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Maka anda juga perlu berubah dan tidak hanya mengharapkan cara lama. Lagi cepat anda dapat mengadaptasi dengan cara dan teknologi baru, maka akan lebih mudah untuk anda mengembangkan lagi perniagaan anda maju ke hadapan.
Salam… mohon share
Wasalam. Ya boleh dipersilakan share jika mahu. 🙂