Menulis Dalam Bahasa Penuh

Menulis Dalam Bahasa PenuhSaya lebih suka membaca ayat-ayat yang ditulis dalam bahasa penuh dan bukan ayat-ayat sms yang terlalu ringkas.

Tidak kiralah di blog, facebook, twitter, whatsapp atau dimana sahaja medium yang ada. Jika ayat itu tidak dieja penuh hingga menyebabkan saya susah untuk faham maka saya akan abaikan untuk baca.

Begitu juga diri saya sendiri akan berusaha sebaik mungkin untuk menulis apa saja dalam ejaan penuh supaya pembaca akan lebih mudah faham apa yang saya ingin sampaikan.

Pembaca terdiri dari mereka yang mempunyai latar belakang berbeza. Bukan semua orang faham jika kita menulis dalam bahasa sms yang ringkas. Jadi dengan menulis ayat penuh maka semua orang akan dapat membaca dan memahami tulisan kita.

Seni menulis itu sangat indah jika kita menjaga kualiti penulisan kita supaya ia akan dapat dibaca dan difahami dengan baik oleh setiap orang.

Setiap orang boleh menulis jika mereka mempunyai asas semasa belajar di sekolah atau universiti. Cuma bergantung kepada minat seseorang untuk mengembangkan lagi bakat penulisan dan ilmu yang ada dalam diri mereka.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *