Ramai calon yang terpaksa menganggur kerana tidak berjaya untuk mendapat pekerjaan yang mereka idamkan. Ianya bukan kerana mereka tidak bagus tapi disebabkan oleh RESUME KERJA mereka sendiri. Memang ramai yang tidak berjaya mendapat panggilan temuduga kerana resume mereka gagal memikat bakal majikan di syarikat yang mereka mohon.
Anda perlu semak kembali resume kerja anda bagi memastikan ianya menjadi kunci kejayaan untuk mendapatkan kerjaya yang anda idamkan. Jika anda pernah gagal jangan kecewa. Masih ada ruang untuk anda perbaiki resume anda supaya lebih hebat dan memikat.
Ambil tip ini, mudah-mudahan ia dapat membantu anda melepasi PINTU UTAMA ke dalam kerjaya yang anda mohon.
1 – Jangan buat sambil lewa resume kerja anda! Elakkan hanya sekadar buat copy paste asalkan ada resume sudah. Luangkan sedikit masa untuk fokus kepada penghasilan resume yang terbaik. Anda boleh merujuk kepada resume rakan-rakan anda yang telah berjaya. Lihat bagaimana contoh resume kerja yang mereka buat. Perbaiki mana yang kurang supaya resume kerja anda akan bertambah baik.
2 – Banyak contoh resume kerja atau sample template resume kerja yang anda boleh download melalui internet. Boleh download melalui Google. Anda boleh download tapi bukan untuk ditukar kepada resume kerja anda. Hanya jadikan ia sebagai rujukan anda untuk mendapatkan idea untuk menulis resume. Anda perlu tukar layout resume supaya ianya unik dan tidak sama dengan orang lain.
3 – Resume kerja bukan karangan untuk diletakkan semua perkara mengenai diri anda. Jika mahu diletakkan semua pasal diri anda sudah tentu sangat panjang dan tidak dipanggil resume dah. Anda perlu letakkan maklumat-maklumat yang penting saja dalam resume kerja anda. Letakkan maklumat penting yang perlu bakal majikan tahu mengenai diri anda. Biasanya soalan-soalan semasa temuduga banyak datang dari resume anda sendiri. Jadi jangan letakkan info yang tiada kena mengena pasal diri anda.
4 – Apabila sudah siap resume kerja yang anda buat, jangan terlalu cepat berpuas hati. Anda perlu menyemak kembali resume anda bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang merugikan. Minta tolong dari rakan-rakan anda supaya mereka dapat menyemak resume anda supaya tidak ada kesalahan ejaan yang mungkin anda tidak perasan. Jika ada ianya bakal merugikan anda. Perkara ni nampak kecil tapi ia sebenar memberikan impak yang besar kepada bakal majikan untuk menilai anda buat pertama kali.
5 – Gambar adalah perkara penting untuk menambah keyakinan bakal majikan kepada anda. Anda perlu letakkan gambar terbaik yang anda ada. Kebiasaannya orang akan letak gambar passport mereka. Nak letak gambar lain pun boleh asalkan gambar itu nampak kemas dan professional. Jangan pula letak gambar sedang makan, berjalan, selfie, dan sebagainya.
Ok setakat itu saja tip resume kerja yang sempat saya kongsikan buat masa ini. Pastikan anda mengambil tip-tip ini untuk dijadikan panduan dalam menghasilkan resume anda yang paling terbaik sekali. Kejayaan pasti akan menjadi milik anda.
Anda perlu ada beberapa skill kemahiran penting sebelum anda berjaya mendapat kerjaya yang HEBAT dan gaji yang LUMAYAN. Selain ijazah sebagai syarat kelayakan, anda perlu mahir tentang beberapa berapa berikut:
- Teknik penulisan resume yang baik
- Gaya dan penampilan diri yang menarik
- Cara pemakaian semasa sesi temuduga
- Etika menjawab soalan temuduga
- Skill komunikasi yang meyakinkan
Anda boleh lihat yang penyediaan RESUME adalah tiket pertama sebelum anda dipanggil untuk temuduga. Bila dah berjaya memikat bakal majikan dengan resume, barulah anda dapat fokus kepada skill-skill temuduga yang lain. Dengan syarat anda perlu berjaya memikat bakal majikan dengan resume kerja anda dahulu.
Anda nak tahu cara paling mudah dan cepat untuk menulis RESUME KERJA yang hebat dam memikat?
Panduan RAHSIA ini bakal membantu anda menulis resume kerja yang mampu memikat hati bakal majikan anda.
Ok tak perlu cerita panjang lagi. Anda boleh klik saja gambar dibawah ni untuk dapatkan Persiapan Lengkap Resume Kerja tersebut. Semoga bermanfaat untuk semua.