Waktu Cuti Yang Bebas

Waktu Cuti Yang BebasKelebihan menjadi seorang usahawan internet adalah kita boleh memilih untuk bercuti pada bila-bila masa saja yang kita suka. Ini kerana kita sendiri yang menentukan waktu cuti kita bukannya ia ditentukan oleh orang lain. Kita nak cuti lama mana sekalipun tidak menjadi masalah. Kita tidak sama sekali menyusahkan diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain juga.

Walaupun kita sedang bercuti, perniagaan kita tetap berjalan setiap masa. Ini kerana perniagaan kita tetap berjalan kerana ia diuruskan oleh satu sistem yang dipanggil sistem autoresponder. Sistem autoresponder ini akan bertindak untuk terus melakukan promosi kepada pelanggan kita walaupun kita sedang bercuti. Kita masih tetap boleh berniaga semasa sedang bercuti.

Bercuti juga bagus supaya kita dapat merehat diri dan minda kita seketika dari perniagaan. Dalam perniagaan internet, memang ada banyak masalah yang kita hadapi tapi jangan jadikan ia sebagai satu perkara yang akan melemahkan semangat kita untuk terus melakukan perniagaan tersebut. Ambillah waktu cuti ini untuk berehat seketika dari sebarang tekanan .

Peluang bercuti yang kita ambil itu boleh digunakan sepenuhnya untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kita juga perlu bergaul bersama ahli keluarga dan meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.

Jangan terlalu fokus melakukan perniagaan online sehingga anda tiada langsung masa untuk bersama-sama dengan orang yang tersayang. Jadikan waktu cuti ini masa yang berharga untuk dihabiskan bersama-sama dengan mereka.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *