Tiada Had Untuk Menambah Pendapatan

Tiada Had Untuk Menambah PendapatanPendapatan bagi seorang usahawan tiada had tertentu. Setiap keuntungan yang kita perolehi adalah berdasarkan jualan dari produk-produk yang kita niagakan. Jika produk yang kita jual sangat laris maka keuntungan kita juga akan melipat kali ganda dari biasa.

Kita juga boleh menghasilkan banyak produk jika perniagaan kita semakin berkembang. Inilah cara untuk menambahkan lebih banyak pendapatan kita dengan menghasilkan lebih banyak produk yang boleh dijual. Jika kita ada banyak produk yang boleh dijual, maka pendapatan kita juga semakin tinggi.

Tidak salah menjual banyak produk selagi kita mampu untuk melakukan proses pemasaran dan proses jual beli produk tersebut.

Pastikan kita lakukan proses pemasaran yang berterusan. Jangan berhenti melakukan promosi separuh jalan saja. Ini kerana keuntungan jualan sesuatu produk adalah bergantung kepada usaha promosi yang berterusan. Tanpa promosi maka tiadalah jualan yang terhasil nanti. Kita perlu lebih banyak melakukan promosi untuk meningkatkan keuntungan jualan bagi produk-produk kita.

Satu sikap yang mesti dijauhi oleh seorang usahawan adalah sifat tamak. Sifat tamak adalah satu sifat yang sangat dibenci oleh orang lain. Janganlah terlalu tamak untung mengejar keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan orang lain. Lakukan perniagaan kita dengan sejujurnya supaya orang lain akan lebih mempercayai kita.

InsyaAllah jika kita jujur dalam perniagaan yang kita lakukan, rezeki kita akan semakin bertambah dan sentiasa diberkati olehNya.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *