Bidang IT sangat seronok untuk diterokai oleh sesiapa sahaja. IT (Information Technology) atau dalam bahasa melayu disebut sebagai Teknologi Maklumat. Penulisan tip ini adalah sebagai pelepas rindu kepada dunia IT selepas saya tamat belajar di universiti beberapa tahun lepas. Kiranya saya ni senior lah (perasan kejap).
Saya dapat sambung degree dalam bidang Information Technology (Software Engineering) selepas tamat program matrikulasi pada tahun 2009. Masa matrik dulu saya ambik sains biologi. Serius masa tu memang bercita-cita nak jadi doktor tapi tidak kesampaian. Macam mana seorang yang dari bidang sains biologi tiba-tiba terlepas masuk bidang IT? Pelik kan? Hmm itulah namanya rezeki. Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Baca lagi

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman dalam berniaga. Tidak kiralah di mana saja lokasi kita berniaga sudah tentu ianya memberi pengalaman berharga kepada diri kita.
Blog merupakan salah satu medium yang bagus untuk menjana pendapatan di internet. Ada banyak cara buat duit melalui blog yang kita boleh belajar. Saya sendiri pernah buat duit melalui blog setelah beberapa kali melakukan try dan error. Semasa belajar di universiti dulu saya agak aktif menulis blog. Alhamdulillah dapat juga income melalui blog untuk buat belanja harian.