Pengenalan Kepada Fingo

Ramai di antara kita sudah biasa dengan kedai online atau website ‘e-commerce’ popular seperti Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain yang ada di negara kita Malaysia.

Sebelum itu pun sudah ada yang lebih otai dalam perniagaan e-commerce di Malaysia ni seperti Mudah.my dan juga Lelong.

Dan sekarang yang paling terbaru pula adalah Fingo. Fingo merupakan satu platform e-commerce yang menjual pelbagai jenis barangan secara online. Kita boleh tempah barang hanya dengan menggunakan smartphone dan barang yang telah ditempah akan terus dipos ke alamat kita.

Fingo merupakan pilihan baru untuk kita semua rakyat Malaysia bagi mendapatkan pelbagai jenis barangan keperluan harian. Semakin banyak pilihan makin bagus untuk kita sebagai pembeli dan pengguna.

Pengenalan ringkas tentang Fingo:

#1 – Fingo adalah sebuah platform perniagaan berbentuk e-commerce. Fingo adalah seperti platform e-commerce yang lain seperti Lazada, Alibaba, Shopee, Ebay, Amazon dan lain-lain.

#2 – Fingo adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dibawah penyeliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP).

#3 – Syarikat Fingo Malaysia beribu Pejabat di Block A-6-01, Level 8, Menara Uncang Emas, 85 Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (KL).

Walaupun Fingo ni masih baru, ia merupakan satu platform e-commerce yang akan digunakan untuk jangka masa panjang.

Saya akan update lagi tentang Fingo jika ada info terbaru pada masa akan datang.

Kepada anda yang berminat bolehlah daftar menjadi ahli Fingo secara percuma.

 

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *