Dalam bidang keusahawanan kita akan banyak berhubung dengan orang lain. Kita bertindak sebagai penjual dan orang lain pula menjadi pelanggan kita.
Sebagai usahawan kita perlu menjaga hubungan baik sesiapa sahaja. Kerana setiap orang berpotensi menjadi pelanggan kita. Walaupun hari ini mereka tidak beli produk kita, tapi bulan depan, tahun depan kita tidak tahu.
Ok berbalik kepada tajuk di atas. Saya cuma nak berkongsi perasaan sebagai seorang usahawan. Sesiapa sahaja yang bergelar usahawan pasti akan merasai kepuasan ni.
Kita akan rasa satu kepuasan apabila:
Dapat bantu orang lain melalui bisnes
Tidak kiralah apa sahaja produk yang kita jual. Kita akan rasa puas jika produk kita terjual. Dan lagi bertambah puas jika produk itu dapat memberi manfaat pula kepada pengguna.
Jika setakat jual saja tidak cukup. Sebagai contoh ramai penjual produk kecantikan dapat jual produk mereka dengan laris. Tapi tiba-tiba ramai pengguna mengadu masalah kulit kerana ada bahan kimia berbahaya. Sudah tentu kita sebagai penjual akan risau jika produk yang kita jual membahayakan pengguna. Walaupun awalnya kita gembira sebab produk laris. Bila ada masalah maka rasa gembira itu akan hilang.
Jadi biarlah produk yang kita jual itu memberi manfaat untuk pengguna. Biar semua pihak akan berpuas hati.
Mendapat keuntungan di dalam bisnes
Kita buat bisnes untuk jana pendapatan. Sudah tentu kita perlukan duit kerana banyak kos yang perlu ditanggung untuk menguruskan bisnes. Seperti modal permulaan, bayar bil, kos marketing dan banyak lagi.
Jika tidak mahu duit, itu maknanya kita adalah sebuah badan kebajikan. Kita bantu orang tu memang la bantu tapi jangan sampai orang ambil kesempatan pada diri kita. Nak bagi diskaun bagi lah tapi jangan sampai kita rugi. Carilah keuntungan yang halal dan berkat.
Sebenarnya 2 benda ni lah yang memberi kepuasan kepada mereka yang bergelar usahawan. Kita rasa puas bila dapat bantu orang lain dan rasa puas dengan rezeki duit yang bertambah dalam bisnes kita.
Segala penat lelah kita dalam menjalankan bisnes boleh hilang dengan melihat duit masuk dalam akaun bank. Ia juga dapat memberi motivasi dan semangat kepada kita untuk lebih berusaha.
Jadilah usahawan yang memberi manfaat kepada ramai orang. Bukan hanya semata-mata untuk diri kita seorang sahaja. Bantu juga mereka yang memerlukan melalui sedekah, zakat, dan lain-lain bantuan.