Category Archives: Facebook

Teknik Pemasaran Facebook: 4 Tip Simple Tapi Power

Pemasaran-Facebook-Tip-Simple-Tapi-PowerAnda sedang buat bisnes melalui facebook? Atau berminat untuk belajar pemasaran guna facebook? Maka tip pemasaran facebook ini adalah untuk anda. Ia sangat mudah untuk dipraktikkan. Perkongsian ini adalah melalui pengalaman saya sendiri. Dan ilmu pemasaran ini juga disedut dari bos saya semasa saya bekerja sebagai Online Marketing dengan syarikat beliau suatu masa dahulu.

Kita boleh saja membuat promosi hentam kromo dalam facebook. Contohnya saya lihat ada rakan facebook saya yang post banyak-banyak gambar dalam satu masa sekaligus. Ada gambar ayat motivasi dua tiga keping, lepas tu ada gambar bisnes dan screenshot income yang dia dapat. Saya lihat cara tersebut sangat kurang berkesan untuk menarik perhatian rakan-rakan facebook. Saya sendiri pun tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Baca lagi >>

Berubah Mengikut Keadaan Semasa

Berubah Mengikut Keadaan SemasaAda satu situasi, seorang lelaki bernama Mark Zakeri telah tumpang tinggal di sebuah rumah secara percuma. Dia telah diberi sebuah bilik secara percuma tanpa kena bayar sewa apa-apa pun. Tuan rumah memberitahu Mark yang dia boleh tinggal dan buat apa saja yang dia suka di dalam bilik itu. Mark pun tinggal di dalam bilik itu dengan rasa gembira.

Pada suatu hari, tuan rumah menyuruh Mark bertukar bilik. Dia kena tinggal dalam bilik baru yang lain. Mark pun dengan rasa berat hati memberitahu tuan rumah yang bilik asal dia dah cantik, bilik baru tak cantik. Dia tak suka dengan bilik baru. Tuan rumah tidak mempedulikan rungutan dari Mark. Baca lagi >>

Kunci Kejayaan Facebook Hari Ini

Kunci Kejayaan Facebook Hari IniDalam dunia internet, nama facebook sentiasa menjadi sebutan ramai setiap masa. Ini kerana ramai orang pasti memiliki akaun laman web sosial facebook sendiri. Pada mulanya facebook hanyalah sebuah laman web sosial biasa yang kecil saja jumlah penggunanya. Tapi hari ini ia menjadi sebuah laman web yang besar dan popular. Kunci kejayaan facebook hari ini adalah kerana banyak faktor. Baca lagi >>