Facebook adalah sebuah laman sosial yang paling popular pada masa kini. Bukan hanya sebagai tempat untuk bersosial, malah facebook juga telah menjadi medium yang sangat sesuai untuk menjalankan sebuah perniagaan di internet.
Diantara cara asas untuk mula menjalankan perniagaan internet di facebook adalah:
1. Membina sebuah facebook fanpage untuk bisnes. Bina fans anda supaya lebih ramai orang yang like fanpage anda. Dengan fanpage, anda boleh mempromosikan produk anda dengan memasukkan gambar produk yang anda ingin promosikan. Bina hubungan baik anda dengan likers atau fans supaya mereka lebih yakin dan percaya kepada bisnes yang anda jalankan.
2. Letakkan link url blog, website atau kedai online anda kedalam ruangan info yang terdapat pada ruangan fanpage anda. Ini akan dapat membantu dalam menarik trafik dari facebook untuk berkunjung ke website anda. Cara ini nampak simple tapi ianya berkesan.
3. Seterusnya apa yang anda perlu kerap lakukan ialah update status berkaitan dengan produk yang anda jual. Berikan info atau maklumat yang berguna kepada fans anda. Bina hubungan baik anda dengan fans dan dalam masa yang sama mereka akan yakin dan seterusnya bakal menjadi pelanggan tetap anda.
4. Pilih produk yang sesuai, post gambar yang betul, cantik dan professional ke dalam fanpage. Gunakan ayat yang sesuai sebagai butiran produk dan ayat promosi yang dapat memudahkan pembaca untuk memahami tentang produk anda. Elakkan menulis ayat yang terlalu memaksa orang untuk membeli produk anda.
5. Bina hubungan baik dengan semua fans anda. Anda wajib menjawab semua persoalan yang ditanya kepada anda. Jangan tinggalkan mereka tanpa jawapan balas kerana anda akan dianggap sombong dan tidak serius dalam menjalankan perniagaan anda.
6. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan jumlah likers atau fans fanpage anda dari semasa ke semasa. Anda boleh gunakan cara percuma dengan menjemput rakan-rakan anda untuk like fanpage anda. Anda juga boleh gunakan cara berbayar (FB Ads) untuk meningkatkan jumlah fans anda.
7. Pastikan anda sentiasa konsisten dalam menjaga fanpage anda. Fikirkan tentang hubungan jangka masa panjang dengan pelanggan anda. Pelanggan yang pernah membeli dengan anda bakal membeli dengan anda lagi di masa hadapan jika anda pandai menjaga hubungan baik dengan mereka. Jangan tinggalkan pelanggan begitu sahaja selepas menjual sesuatu produk kepada mereka. Sentiasa memberikan maklum balas dan bantuan kepada pelanggan sebagai tanda menghargai diri mereka.
Kesimpulannya, semua orang boleh berniaga di facebook jika mereka pandai untuk membina kredibiliti diri mereka di facebook. Binalah jenama anda sendiri di facebook supaya lebih ramai orang akan mengenali diri anda dan bisnes yang anda jalankan. Apabila mereka sudah yakin dan percaya kepada anda barulah mereka akan menjadi pelanggan anda.
Facebook juga adalah alat yang sangat viral, apabila pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan anda, mereka akan memberitahu kepada rakan-rakan mereka pula tentang bisnes anda. Semakin lama semakin ramai orang akan mengenali bisnes anda.