Salah satu teknik pemasaran yang paling popular pada masa kini adalah pemasaran menggunakan facebook. Kita perlu bayar kepada facebook untuk meletakkan iklan produk kita. Pengiklanan berbayar ini dipanggil Facebook Advertising atau lebih mesra dipanggil FB Ads.
FB Ads adalah cara paling mudah untuk kita dapatkan ramai pelanggan dalam tempoh masa yang cepat di facebook.
Untuk menjadikan iklan kita lebih berkesan kita perlu tahu perkara asas dalam FB Ads. Secara asasnya pengiklanan di facebook bergantung kepada formula asas berikut:
1. Siapa target pelanggan
Ya, kita perlu tahu siapa target pelanggan yang akan membeli produk kita. Adakah mereka dari golongan lelaki atau wanita? Berapa usia mereka yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi? Status mereka sama ada masih bujang atau sudah berkahwin? Apakah pekerjaan mereka?
Dan banyak lagi faktor lain yang perlu di ambil kira dalam menentukan target pembeli produk kita. Jika tersilap target kita akan mengalami kerugian kerana mempromosikan produk kepada orang yang salah dan tidak berminat dengan produk kita.
2. Headline ‘Tajuk Iklan’
Headline atau tajuk iklan memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan iklan di facebook. Tajuk iklan perlulah menarik dan membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang produk tersebut.
Lain orang lain cara mereka memahami. Kita perlu tahu siapa target pelanggan dan tulislah tajuk iklan yang bersesuaian dengan siapa target pelanggan kita. Tajuk iklan juga boleh diubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keberkesanan iklan yang kita buat.
3. Body ‘Ayat Iklan’
Apabila pelanggan sudah tertarik dengan tajuk iklan, mereka akan mula membaca isi kandungan iklan tersebut. Tulis ayat iklan dalam bahasa yang mudah untuk difahami oleh pembaca.
Kita perlu bantu pelanggan untuk memahami produk yang kita jual dan manfaat yang akan mereka perolehi dari produk yang kita jual.
4. Gambar yang menarik
Letakkan gambar yang menarik perhatian pelangan untuk baca dan klik iklan kita di facebook. Gambar yang diletak hendaklah bersesuaian dengan iklan produk yang kita jalankan.
Penggunaan gambar yang tepat akan dapat meningkatkan jumlah orang untuk klik kerana mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk yang kita iklankan. Dalam masa yang sama ia akan dapat meningkatkan jualan produk yang kita iklankan di facebook.
*
Kesimpulan, pengiklanan di facebook amat berkesan jika kita berjaya mempromosikan produk kita kepada golongan sasaran yang tepat. Kita perlu sentiasa memantau keberkesanan iklan yang kita jalankan bagi mengelak kerugian.
Iklan yang kita jalankan boleh diubah mengikut kesesuaian dan keberkesanannya. Jika iklan yang kita buat tidak berjaya, jangan putus asa. Sentiasa berusaha untuk belajar dan memperbaiki kelemahan iklan yang kita jalankan. InsyaAllah pasti akan berjaya mendapat hasil dari pengiklan Facebook Ads yang kita jalankan.