3 Langkah Mudah Untuk Bina Website

bahasa melayu kita biasa juga sebut laman web

Dalam dunia internet zaman sekarang, mempunyai website adalah sangat penting dan diperlukan oleh sesiapa sahaja. Website digunakan untuk menyampaikan informasi dan maklumat terkini kepada orang lain dengan lebih cepat dan pantas hanya dihujung jari.

Ada banyak jenis website yang dibina mengikut keperluan semasa seperti website personal, syarikat, perniagaan, kedai online dan banyak lagi kegunaan website yang ada pada hari ini.

Perkataan website adalah pinjaman dari bahasa inggeris. Dalam bahasa melayu kita biasa juga sebut sebagai laman web atau laman sesawang. Tapi dalam artikel ni saya hanya akan gunakan perkataan website sahaja supaya lebih mudah untuk kita faham secara umum.

Ok jom saya kongsikan 3 langkah mudah untuk anda bina website sendiri walaupun tanpa pengalaman atau tiada kemahiran teknikal untuk bina website.

1. Pilih Nama (Domain) Website

Untuk memastikan website anda dapat dilayari di internet, anda perlu ada nama domain bagi website anda. Contoh nama domain yang popular adalah seperti: www.facebook.com, www.google.com, www.youtube.com dan banyak lagi.

Dan saya juga gunakan nama domain yang diambil dari nama saya sendiri iaitu nikthoha.com.

Anda boleh check dulu sama ada nama domain yang anda suka itu masih lagi available ataupun tidak di website GoDaddy ataupun Namecheap.

bahasa melayu kita biasa juga sebut laman web

Anda boleh pilih apa sahaja nama domain yang anda mahukan untuk website anda selagi ianya masih ada. Nama domain tu bergantung kepada jenis website yang bakal anda bina. Anda boleh gunakan nama sendiri ataupun nama syarikat anda.

2. Pilih Web Hosting

Web Hosting adalah tempat untuk simpan website anda. Segala kandungan website seperti skrip/sistem/software, gambar, database, dan banyak lagi. Semua fail-fail penting dalam pembinaan website perlu anda upload ke dalam hosting barulah website anda akan dapat dilayari secara online.

Jika anda mahu dapatkan web hosting yang stabil pada harga berpatutan, anda boleh gunakan web hosting dari company luar negara seperti HostGator atau GoDaddy

Tapi saya lebih rekemen anda guna sahaja web hosting dari syarikat tempatan seperti , Revolusi Hosting dan banyak lagi. Ini kerana syarikat web hosting tempatan lebih mudah untuk anda dapatkan support jika berlaku apa-apa masalah.

Kelebihan utama jika anda adalah, anda akan diberikan 1 Domain percuma seumur hidup selagi mana web hosting anda masih aktif bersama mereka.

3. Mula Bina Website

Biasanya website dibina menggunakan bahasa programming seperti html, css, php dan banyak lagi. Masa zaman belajar kat universiti dulu pun saya pernah belajar bina website guna Java.

Ada banyak software atau web builder yang anda boleh guna untuk bina website. Ada yang percuma ataupun berbayar. Sebagai permulaan anda boleh guna yang percuma dulu seperti blogger, wix dan banyak lagi. Ia bagi memahirkan anda untuk belajar selok belok membina website.

Tapi saya tak rekemen guna platform yang percuma kerana ianya sangat terhad. Saya lebih rekemen anda guna website yang dibina menggunakan sistem WORDPRESS kerana terlalu banyak kelebihan yang ada pada wordpress.
//godaddy.comSebelum ini saya juga pernah tulis satu artikel tentang 5 kelebihan menggunakan wordpress. Anda boleh baca kat situ untuk info lebih lanjut.

Kesimpulan

Dalam proses bina website ni ianya tidaklah susah mana pun kerana zaman sekarang telah ada banyak sumber untuk anda belajar bina website secara percuma. Atau pun anda boleh pergi ke kelas-kelas yang mengajar membina website. Memang kena usaha lebih sikit la bagi mereka yang tiada pengalaman.

Jika anda tiada masa, anda boleh juga upah mereka yang pakar dalam membina website. Anda boleh jimat masa dan tidak perlu pening kepala nak bina website sendiri. Keluarkan sedikit modal untuk bayar mereka yang mahir dan website anda akan siap dengan cepat.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *