Untuk menjadi usahawan yang berjaya memang banyak cabarannya. Ianya memerlukan pengorbanan dan kekuatan yang luar biasa. Tidak semua benda yang ada dalam dunia perniagaan itu indah belaka. Kena bersusah-susah dahulu sebelum terima kesenangan di kemudian hari.
Ramai orang yang berjaya sebagai usahawan kerana mereka mempunyai sesuatu dalam diri mereka yang tidak ada pada orang lain. 3 faktor ni tidak semua orang ada.
1) BAKAT
Bakat ni satu anugerah. Setiap orang berbeza bakat dan kebolehannya. Ada orang yang mempunyai bakat berniaga secara semulajadi. Ada orang petah bercakap. Tidak malu bercakap depan orang ramai. Apa sahaja kata-kata yang keluar dari mulut dia boleh mempengaruhi orang lain untuk beli produk yang dia jual.
Ada juga orang berbakat dalam menulis. Pandai tulis copywriting. Pandai tulis storytelling. Pandai menulis iklan menjual. Setiap ayat tulisan dia boleh mempengaruhi emosi pembaca untuk membeli produk yang dia jual.
Antara contoh bakat lain seperti pandai melukis, pandai design gambar, kreatif buat video dan banyak lagi.
2) PENGALAMAN
Ada orang yang dilahirkan dalam keluarga usahawan. Jadi mereka ni sememangnya sangat berpengalaman dalam selok belok dunia perniagaan. Mereka telah bantu ibu dan ayah atau ahli keluarga mereka untuk berniaga sejak kecil. Siapa yang ada pengalaman macam ni memang sangat beruntung.
Pengalaman juga boleh datang dari pekerjaan yang kita lakukan. Setiap orang pasti melalui pengalaman bekerja ni. Jika kita dapat kerja dengan syarikat yang menjalankan perniagaan lebih bagus kerana kita dapat belajar banyak benda dalam selok belok dunia perniagaan sebelum kita memulakan perniagaan sendiri.
Pengalaman yang kita ada itu sangat berharga. Sebab tu dalam dunia kerjaya, jika kita ada pengalaman kerja, kita boleh minta gaji lebih dari majikan. Lagi banyak pengalaman kerja, lagi tinggi gaji kita dibayar.
3) RAJIN
Jika kita tidak ada pun faktor nombor 1 dan nombor 2 seperti diterangkan di atas maka point nombor 3 ni adalah kunci yang boleh kita cover kekurangan daripada point nombor 1 dan nombor 2.
BAKAT dan PENGALAMAN boleh dibentuk jika kita ada sifat RAJIN.
Jika kita tidak berbakat atau tidak pandai menulis, kita boleh belajar dengan guru penulisan. Jika tak reti bercakap depan orang ramai, kita boleh belajar dengan guru public speaking. Jika tak pandai design gambar pun boleh belajar guru designer. Lama kelamaan kita akan jadi mahir juga jika selalu buat setiap masa. Syaratnya kena rajin la.
Kita tidak perlu jadi mahir dan berbakat dalam semua perkara. Tapi kita boleh fokus kepada skill yang betul-betul diperlukan dalam perniagaan yang kita jalankan.
Walaupun tidak ada pengalaman berniaga, kita boleh belajar. Kita kena rajin berusaha, rajin bertanya orang lain yang lebih berpengalaman, rajin cari ilmu pergi kelas atau seminar, rajin baca buku-buku dan lain-lain lagi. Bila kita rajin buat kerja, pengalaman tu akan terbina dengan sendiri.
Jika tiada sifat rajin maksudnya orang tu pemalas. Walaupun berbakat besar ada banyak skill sekalipun tapi jika tidak digunakan maka lama-lama berkarat juga. Jika banyak pengalaman tapi jika tidak digunakan untuk bantu atau berkongsi kepada orang lain, maka rugilah.
KESIMPULAN
Bidang usahawan bukan hanya sesuai untuk orang-orang tertentu sahaja. Setiap orang boleh berjaya jadi usahawan jika ada keinginan yang kuat dan tidak berhenti berusaha. Orang yang tidak pandai berniaga pun boleh jadi pandai jika dia rajin berusaha. Tiada yang mustahil dalam hidup ni.
Merendah diri itu bagus sebagai peringatan untuk diri kita yang serba kekurangan. Tapi jangan terlalu merendah diri walaupun kita tidak berbakat atau tiada pengalaman dalam perniagaan. Semua tu boleh dibentuk dan perlu mengambil masa untuk dapat hasilnya.
Tidak kisah apa sahaja perniagaan yang kita jalankan. buatlah dengan bersungguh-sungguh. Jika buat pemasaran, buat dengan bersungguh-sungguh. Setiap kejayaan itu bergantung kepada diri kita sendiri juga. Tidak semua orang dilahirkan bertuah terus jadi anak orang kaya.
Sebagai usahawan kita perlu bersabar kerana kejayaan tidak semestinya terbina dalam sehari. Ada orang cepat dapat hasil, ada orang yang lambat. Berusahalah sehabis baik selagi kita mampu dan jangan benarkan diri kita mudah berputus asa ditengah jalan.