Seminar Perniagaan Internet Pertama Yang Saya Sertai

Dalam post ni saya cuma nak berkongsi sedikit pengalaman tentang seminar perniagaan internet pertama yang saya sertai iaitu Seminar Mini Usahawan Internet Pantai Timur pada tahun 2011. Dah lama juga tu lebih kurang 8 tahun yang lepas.

Ianya sebuah seminar kecil sahaja yang diadakan khas untuk usahawan-usahawan internet di negeri pantai timur.

Saya sertai seminar tersebut semasa saya masih lagi belajar di Universiti Malaysia Terengganu. Apabila dapat tahu ada seminar yang akan diadakan di bandar Kuala Terengganu, jadi saya tidak lepaskan peluang untuk pergi ke seminar tu.

Fuh siap ada keratan akhbar lagi tu. Walaupun gambar kurang jelas sebab dah lama sangat tapi takpe asalkan ada juga bahan untuk dijadikan kenangan. Haha

Gambar tu saya jumpa dekat facebook bila tiba-tiba facebook buat throwback memori-memori lama dekat facebook. Jadi saya hanya share balik dekat blog ni.

Oleh kerana dah lama, saya pun dah lupa content apa yang saya belajar dalam seminar tu. Rasanya saya ada catat dalam buku tapi maklumlah benda dah lama tak tahu simpan kat mana dah buku catatan tu.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru bisnes yang telah mengajar dan berkongsi ilmu dalam seminar tersebut. Semoga segala ilmu yang saya belajar dalam seminar itu akan sentiasa diberkati dan dapat digunakan dalam hidup saya untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu bisnes yang saya ada juga akan dapat berkongsi manfaat kepada lebih ramai usahawan lain pula. InsyaAllah.

Setiap orang mempunyai pengalaman hidup mereka yang tersendiri. Hargai dan simpan apa sahaja pengalaman hidup kita baik-baik. Kerana masa sentiasa bergerak pantas. Masa yang lepas tidak akan kembali semula. Hanya kenangan yang akan kekal menjadi ingatan.

 

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Boleh follow beliau di Telegram Channel. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *