Sebagai usahawan, sudah tentu anda mempunyai akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk mempromosikan bisnes anda kepada pelanggan.
Istilah engagement ini bermaksud anda perlu menarik follower anda berinteraksi dengan apa sahaja konten yang anda post di Facebook dan Instagram. Dan follower anda akan like, komen dan share post anda tersebut.
Ada banyak cara untuk tarik engagement di kalangan follower anda. Antaranya menggunakan penulisan berpengaruh, , menggunakan video yang berkualiti tinggi atau buat live video dan banyak lagi cara.
Cuma dalam artikel ni saya nak sentuh tentang penggunaan gambar sahaja. Terutamanya jika anda menggunakan Instagram yang mana gambar sangat-sangatlah penting. Gambar yang cantik dan professional akan menarik follower anda untuk like dan komen gambar tersebut.
Apa yang perlu anda buat untuk tingkatkan engagement di Media Sosial anda adalah:
1) Post Gambar Yang Menarik Dan Profesional
Anda boleh design sendiri gambar konten anda menggunakan Photoshop atau apa sahaja design apps yang ada di dalam smartphone anda.
Anda boleh update gambar kata-kata hikmah, motivasi, quote dan lain-lain. Biasanya gambar dalam bentuk kata-kata macam ni orang lebih mudah like dan share.
Untuk gambar lebih profesional anda boleh upah freelance designer atau rakan-rakan anda yang pandai dalam design gambar. Jika anda mampu boleh lantik staff yang mahir sebagai designer anda.
Design gambar yang profesional penting kerana anda sudah tentu mahukan imej bisnes anda nampak lebih profesional dan tidak hanya sekadar copy paste gambar dari Google semata-mata.
2) Konsisten Update Gambar Setiap Hari
Untuk dapatkan engagement yang bagus di Facebook dan Instagram, anda perlu sentiasa konsisten update gambar konten setiap hari. Ini bagi membantu follower anda tidak terlepas info terkini dari anda.
Tidak perlu update banyak gambar sekaligus. Dalam sehari boleh update dalam 4 5 gambar di waktu-waktu tertentu yang anda telah tetapkan.
Jika terlalu kerap update juga orang akan cepat bosan. Jadi anda perlu bijak untuk jarakkan masa yang sesuai untuk update gambar konten anda.
3) Post Gambar Di Waktu Yang Tepat
Anda boleh gunakan fungsi insights dengan sebaiknya untuk melihat statistik follower ada. Anda perlu tahu waktu bila ramai orang sedang online. Waktu bilakah ramai follower anda sedang aktif.
Kebiasaanya waktu yang ramai orang aktif adalah waktu pagi. Iaitu waktu mereka sebelum memulakan aktiviti kerja, mereka akan online dahulu. Waktu rehat makan tengahari layan smartphone kejap. Ataupun waktu malam lepas solat isyak dan sebelum tidur mereka akan online.
Anda boleh post di waktu-waktu kemuncak yang ramai orang sedang online ni. Peratusan untuk dapat like dan komen juga lebih tinggi kerana waktu-waktu ini ramai orang sedang online.
Semoga perkongsian tips ringkas saya ni bermanfaat untuk anda sebagai pemilik bisnes.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah anda perlu sentiasa aktif update status dan post design gambar konten yang menarik setiap masa.
Jika prospek tengok Facebook atau Instagram anda kurang aktif, rugilah nanti mereka akan beralih kepada peniaga lain yang lebih aktif.
Ini situasi biasa bagi pemilik bisnes. Tak cukup masa nak jaga semua Facebook dan Instagram mereka. Padahal produk dah bagus, servis dah mantop. Tapi jarang update sebab tak ada idea nak post gambar apa. Dan bila post pula terus buat hardselling.
Nah ambil ja solusi ini untuk bisnes anda. . Anda boleh guna untuk nampakkan akaun Facebook dan Instagram anda nampak sentiasa up-to-date.
Baru lah PROSPEK tadi anda boleh tukarkan mereka jadi pelanggan. 🙂
Jika anda ada Facebook dan Instagram yang krik-krik atau dah lama bersawang, maka design gambar cun ini adalah untuk anda. Klik di bawah..