5 Tip Mudah Untuk Berjaya Dalam Bisnes Affiliate

Bisnes Affiliate

Bisnes affiliate bukan hanya setakat program buat duit tambahan semata-mata. Ianya boleh dilakukan secara serius untuk membina empayar bisnes internet yang berjaya.

Bisnes affiliate adalah bisnes internet yang paling mudah untuk dilakukan kerana anda tidak perlu menghasilkan produk sendiri. Anda tidak perlu pening kepada menulis, membuat website dan memberikan support kepada pelanggan.

Tugas anda hanya melakukan promosi kepada seramai mungkin prospek. Jika ada prospek yang membeli produk yang anda promosikan, maka anda akan dapat menerima komisyen jualan dari pembelian tersebut.

Bisnes affiliate sangat mudah untuk dilakukan. Siapa saja boleh bermula dan siapa sahaja boleh berjaya dalam bidang bisnes affiliate ni.

Dalam artikel ni saya nak share beberapa faktor penyebab kepada kejayaan anda dalam bisnes affiliate.

1) Menjual produk yang ada permintaan

Sebelum anda mula memilih dan mempromosikan mana-mana produk affiliate, pastikan anda membuat sedikit research tentang produk affiliate tersebut. Anda boleh buat survey kepada rakan-rakan facebook, tanya follower anda, post dalam group dan macam-macam lagi cara untuk validation.

Ini penting bagi memastikan produk yang anda jual itu mempunyai permintaan. Tak nak pulak kan nanti jadi syok sendiri jual produk yang tak ada permintaan pun. Apabila anda telah pasti produk affiliate itu ada permintaan, mulalah berkongsi info produk affiliate anda kepada prospek yang berminat.

2) Menyimpan database prospek

Database adalah sangat penting dalam bisnes internet. Tidak kisahlah anda berniaga produk apa sekalipun. Anda wajib mempunyai database anda sendiri seperti email atau no telefon prospek. Database ini penting supaya anda dapat berhubung dengan mereka bila-bila masa sahaja yang anda inginkan. Ianya 100% milik anda.

Dalam bisnes affiliate, anda perlu ada database anda sendiri untuk anda promosikan mana-mana produk affiliate kepada mereka. Anda boleh membuat duit berulang kali dengan mereka selagi mana mereka tidak berhenti melanggan.

Jika tiada database ianya adalah satu kerugian kerana jika pelanggan pernah membeli dan anda tidak simpan database mereka maka di masa akan datang anda tidak dapat lagi berhubung dengan mereka. Mereka hanya beli sekali sahaja dan hilang. Jika anda simpan database pelanggan, anda boleh jual kepada orang yang sama berkali-kali.

3) Membuat pemasaran secara konsisten

Kunci kejayaan dalam sesebuah bisnes adalah pemasaran. Ia ibarat nyawa dalam sesebuah bisnes. Jika anda berhenti membuat pemasaran maka bisnes anda juga akan berhenti di tengah jalan.

Untuk berjaya dalam bisnes affiliate, anda perlu lakukan kempen pemasaran secara konsisten setiap hari. Anda perlu update facebook, tulis artikel dalam blog, buat iklan facebook ads, buat teknik SEO dan macam-macam lagi kempen pemasaran. Lagi banyak lagi bagus kerana anda perlu sebarkan produk affiliate anda dengan lebih meluas kepada lebih ramai prospek.

4) Tidak putus asa ditengah jalan

Tidak semua prospek yang anda jumpa akan terus kata, “Ya saya nak beli produk awak jual”.

Ianya mungkin mengambil masa sebelum mereka setuju untuk membeli. Mereka perlu dibelai dan dipujuk sebelum jadi pembeli. Tapi ada juga prospek yang terus nak beli produk kerana mereka betul-betul terdesak mahukan produk tersebut.

Jika tidak ada yang membeli jangan terus putus asa. Mereka tak beli bukan kerana produk affiliate yang anda jual tak bagus. Mungkin belum masanya lagi untuk dia beli. Jadi jangan putus asa jika belum berjaya membuat jualan dari produk affiliate yang anda promosikan.

5) Tidak berhenti untuk belajar ilmu baru

Ilmu pemasaran sentiasa berkembang pesat setiap masa. Terutamanya kita sekarang berada dalam zaman teknologi maklumat yang sentiasa berkembang maju setiap masa.

Dalam bisnes internet, teknologi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Jika anda tidak belajar maka anda akan ketinggalan jauh berbanding pesaing anda. Pelbagai teknik-teknik baru yang ada hari ini tidak sama dengan masa lalu. Teknik pemasaran yang digunakan 10 tahun lepas banyak yang sudah tidak lagi berkesan untuk digunakan pada masa sekarang.

Sebab tu anda perlu sentiasa up to date dengan teknik pemasaran terkini. Untuk sentiasa up to date maka anda perlulah belajar dan tambah ilmu baru dalam pemasaran. Jangan berhenti belajar walaupun kita sudah terer. Banyak lagi sebenarnya ilmu yang kita belum tahu. Ilmu itu sangat luas.

Sebenarnya, ada banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kepada kejayaan seorang usahawan bisnes affiliate. Apa yang dikongsikan di atas hanyalah sebahagian sahaja faktor penyebab kepada kejayaan dalam bisnes affiliate.

Pelbagai peluang bisnes affiliate yang ada pada zaman sekarang perlulah kita gunakan dengan sebaiknya bagi menjana pendapatan lumayan dari internet.

Saya ingin menjemput anda untuk sama-sama menjadi ejen affiliate Sistem Jualan Pro. Produk affiliate ini telah membantu ramai usahawan di luar sana menjana pendapatan lumayan dari bisnes afffiliate. Anda juga mampu berjaya seperti mereka.

Bagi anda yang serius untuk menjalankan bisnes affiliate yang benar-benar berjaya boleh klik di bawah ni segera sebelum ianya ditutup.

KLIK SINI UNTUK DAFTAR JADI EJEN AFFILIATE

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Boleh follow beliau di Telegram Channel. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *