3 Tip Pengurusan Masa Bagi Usahawan

Masa adalah sangat penting kepada setiap orang. Jika ia tidak dapat diuruskan dengan baik, banyak masa kita akan terbuang begitu sahaja tanpa kita sedar.

Sebagai usahawan, kadang kala kita rasa kita sentiasa sibuk banyak kerja nak buat tapi sebenarnya kita hanya membuat kerja-kerja tidak penting yang tiada hasil untuk majukan bisnes kita.

Saya nak share beberapa tip ringkas untuk sama-sama kita sebagai usahawan yang menjalankan bisnes online dapat menjaga masa supaya lebih terurus dengan baik. InsyaAllah.

1. Buat Perancangan Aktiviti Harian

Ok terus terang bahagian ni mungkin paling malas dan mencabar sekali nak buat. Kita boleh mula tulis senarai ‘to do list’ kerja-kerja yang kita perlu lakukan setiap hari.

Contohnya seperti buat marketing upload gambar dekat (facebook, instagram, website), balas mesej melalui (email, whatsapp, telegram), tulis ayat jualan/copywriting, nak belajar strategi marketing terbaru, nak hantar barang ke pejabat pos laju, dan banyak kali.

Kalau nak senaraikan semua kerja memang banyak. Setiap orang pasti berbeza jenis kerja bisnes yang mereka perlu lakukan setiap hari.

Bila kita tulis dan catat maka kita akan nampak apa yang kita perlu lakukan. Buang kerja-kerja yang tidak penting. Fokus kepada aktiviti kerja yang penting sahaja.

Senarai aktiviti kerja ni mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa. Ia tidak perlu lengkap sempurna terus. Kita boleh perbaiki ia sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian.

Zaman sekarang lebih mudah kerana ada banyak apps yang ada fungsi ‘to do list’ yang kita boleh install dan guna di dalam smartphone.

2. Mulakan Kerja Di Awal Pagi

Awal pagi adalah waktu terbaik untuk mulakan hari kita. Ini kerana waktu pagi ni otak dan badan kita masih lagi fresh dan bertenaga.

Sebagai muslim kita wajib bangun awal pagi untuk solat subuh. Ia kunci kejayaan untuk kita berjaya. Selepas subuh tidak perlu tidur dah. Terus mulakan hari kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti baca buku ke, sarapan, bersenam dan lain-lain.

Untuk bangun awal maka kena tidur awal. Tidur yang cukup sangat penting untuk kita jadi lebih bertenaga. Jika tidur tidak cukup maka kita akan rasa letih dan tidak bermaya saja sepanjang hari.

Sudah pasti berbeza jika kita bangun lambat. Bayangkan waktu kita bangun tu matahari dah tinggi dah. Kepala kita mesti rasa serabut kerana ada banyak kerja yang belum siap lagi nak buat. Jiwa pun rasa tak tenang je macam ada buat salah. Jika buat kerja pun mesti kurang berkualiti dah sebab nak cepat dan tidak dapat fokus dengan baik. Satu hari tu boleh jadi huru hara.

Jadi, mari mulakan hari kita di awal pagi kerana ia permulaan kecil yang boleh membawa perbezaan besar dalam kehidupan seharian kita.

3. Buat Kerja Paling Penting Dahulu

Mulakan kerja anda dengan melakukan kerja-kerja yang paling penting dahulu. Pada waktu pagi minda masih segar dan bertenaga. Gunakan ia untuk siapkan kerja yang penting dahulu.

Saya bagi contoh, ia mungkin berbeza bagi setiap orang. Contoh kerja yang penting adalah menulis copywriting. Contoh kerja kurang penting adalah membalas semua komen-komen kat media sosial.

Waktu pagi ketika kita masih bertenaga gunakan ia sebaiknya untuk mencari idea menulis artikel atau tulis ayat promosi yang akan digunakan dalam kempen marketing. Jika waktu petang baru kita nak buat kerja penting mungkin masa tu banyak halangan lain akan datang seperti rasa penat, malas, stress dan lain-lain lagi.

Bila dah setel awal kerja-kerja penting, kit akan rasa lebih rileks. Selepas tu baru la boleh nak buat kerja-kerja lain pula yang ada dalam senarai “to do list” kita. Fokus selesaikan satu-satu, jangan buat banyak kerja dalam satu masa.

Kesimpulan

Semoga tip ringkas pengurusan masa yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk semua. Mulakan saja aktiviti kerja harian kita tanpa perlu nak semuanya sempurna. Kita boleh perbaiki diri sedikit demi sedikit.

Semuanya boleh dilakukan asalkan kena usaha untuk berubah. Jika tidak, kita akan terus terperangkap dengan melakukan perkara yang kita rasa seolah-olah kita sentiasa sibuk ada banyak kerja tapi sebenarnya kita hanya buat kerja-kerja yang tidak berapa penting.

Saya tulis artikel ni bukan bermaksud saya dah mahir dalam menguruskan masa. Cuma saya berkongsi untuk perbaiki diri saya juga. Dalam masa yang sama dapat berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang. InsyaAllah semoga kita semua sentiasa menjadi usahawan yang bijak menguruskan masa.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *