Perniagaan Internet Yang Sesuai Untuk Pelajar Universiti

Cabaran Perniagaan Internet

Sebagai pelajar universiti, sudah tentu anda mahu mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian anda di universiti. Nak harapkan duit PTPTN je kadang-kadang tak cukup juga.

Jadi langkah terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan menjalankan perniagaan. Perniagaan yang paling mudah dilakukan pada masa kini adalah Perniagaan Internet.

Nak jual apa kat internet ni?

Saya tak ada produk sendiri nak jual…

Itulah persoalan biasa yang mungkin bermain di fikiran anda.

Perniagaan internet itu luas. Saya bagi cadangan beberapa bentuk perniagaan internet yang paling mudah untuk anda bermula tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Cuma modal yang anda perlu ada  adalah laptop/smartphone dan semestinya talian internet. Jika tak ada internet maka tak wujudlah perniagaan internet ni.

1) Jual Servis Atau Kepakaran Anda

Ada banyak juga jenis servis atau perkhidmatan yang boleh anda promosikan di internet. Ianya bergantung kepada kepakaran anda. Sebagai contoh servis penulisan, servis design gambar atau buat video, servis runner, servis training, dan pelbagai lagi jenis servis lain yang anda boleh tawarkan.

Apa sahaja kelebihan yang anda ada boleh buat duit jika anda pandai promosikan kelebihan tersebut kepada orang lain yang betul-betul memerlukan servis anda.

Ia nampak tidak gempak seperti perniagaan lain tapi perniagaan jenis servis ini adalah paling mudah untuk dilakukan dan tidak mempunyai risiko yang tinggi seperti perniagaan-perniagaan lain yang perlu keluarkan modal duit yang banyak hingga boleh berdepan risiko kerugian.

2) Jadi Ejen Pemasaran Produk Orang Lain

Ada dua jenis model perniagaan internet yang anda boleh lakukan sebagai agen/ejen pemasaran. Tugas anda hanya perlu melakukan promosi sahaja tanpa perlu memikirkan tentang buat produk, simpan stok, hantar/pos produk dan lain-lain.

Yang pertama adalah jadi ejen Affiliate. Kebiasaan ejen affiliate adalah lebih kepada produk digital seperti ebook, ,gambar/grafik, video, software, website dan banyak lagi.

Jika di luar negara antara lubuk affiliate yang terkenal adalah seperti Clickbank, Jvzoo. Dekat sana ada pelbagai jenis produk digital yang boleh anda promosikan sebagai ejen affiliate. Di Malaysia juga ada lubuk ejen affiliate seperti Klikjer. Ada pelbagai jenis produk digital yang boleh anda promosi untuk market Malaysia.

Klik sini untuk belajar buat RM10,000 sebulan dengan promosi produk affiliate

Tapi ada juga syarikat luar negara yang menjual produk fizikal menggunakan ejen affiliate seperti Amazon.

Yang kedua adalah jadi ejen Dropship. Dropship adalah lebih fokus kepada produk fizikal seperti baju, tudung, beg, kasut, jam tangan, makanan, dan banyak lagi. Anda boleh mempromosikan apa sahaja produk tanpa perlu menyimpan stok produk tersebut.

Tugas ejen dropship adalah mempromosikan gambar produk di media sosial seperti facebook, instagram atau promosi di marketplace seperti shopee, lazada, mudah.my dan lain-lain. Jika di luar negara pula anda boleh promosikan produk dropship di eBay.

Sebagai ejen dropship anda tidak perlu pening kepala nak simpan stok atau nak pos produk kepada pelanggan anda.

Jika ada tempahan produk, anda perlu ambil details pelanggan anda dan berikan kepada pembekal produk untuk mereka uruskan proses pos/penghantaran. Anda bayar harga dropship kepada pembekal, apabila mereka sudah pos, anda dapatkan no tracking untuk diberikan kepada pelanggan anda.

Klik sini jika anda nak tahu produk apa yang tengah hot dan ada permintaan tinggi di pasaran

3) Bina Blog Yang Menjana Pendapatan

Anda perlu bina blog anda sendiri. Blog bukan hanya untuk mereka yang minat blogging sahaja. Blog ni diibaratkan seperti diari harian anda yang disimpan secara online. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda suka.

Anda boleh buat blog yang percuma dulu seperti blogger.com. Jika ada bajet lebih boleh dapatkan domain dan hosting sendiri. Bila ada domain sendiri anda boleh ada link yang lebih profesional seperti www.namasaya.com.

Tulis dan kongsi apa sahaja yang anda minat. Tidak perlu sempurna sehingga menyebabkan anda takut untuk menulis kononnya orang kritik la apa la. Buat saja.

Bila sudah ada blog, anda boleh daftar blog anda dengan Google Adsense. Dengan google adsense anda boleh jana pendapatan lumayan dalam matawang US Dollar. Anda boleh letakkan iklan dari google adsense ke dalam blog anda. Jika ada pengunjung yang klik pada iklan dalam blog anda, anda akan diberikan bayaran oleh Google.

Sebagai kesimpulan, apa yang saya kongsikan di atas hanya 3 bentuk perniagaan internet paling mudah untuk anda bermula sebagai seorang pelajar di universiti.

Ada banyak lagi peluang perniagaan internet di luar sana seperti jadi stokis produk, borong barang murah dari China, jual t-shirt, bina website e-commerce, dan banyak lagi. Semua tu memerlukan masa dan kos yang lebih banyak untuk anda jalankan. Jika kewangan anda sudah stabil barulah upgrade kepada tahap perniagaan internet yang lebih tinggi.

Saya tahu kehidupan di universiti sangatlah sibuk kan. Tiada masa untuk uruskan perniagaan ni semua. Perniagaan internet ni anda boleh jalankan ia secara part time sahaja tanpa menganggu aktiviti pembelajaran harian anda di universiti.

Elakkan juga dari join sebarang bentuk perniagaan yang mencurigakan. Jangan jadi mangsa keadaan kerana ramai scammer diluar sana yang mengambil kesempatan ke atas pelajar universiti yang terdesak mencari duit lebih. Jadi mereka akan pukau anda dengan duit yang banyak, kereta mewah dan lain-lain. Jangan terpedaya semua tu. Semuanya untuk menjerat anda join program buat duit mereka sahaja.

Tidak kiralah apa pun perniagaan yang anda hendak mulakan, buatlah sedikit kajian dahulu sebelum anda memulakan perniagaan itu. Ianya bagi memudahkan anda faham proses dan perjalanan perniagaan tersebut. Ia juga membantu mengelakkan anda dari risiko kerugian, kena tipu dan lain-lain.

Selamat maju jaya dalam perniagaan anda!

 

 

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Boleh follow beliau di Telegram Channel. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *