3 Jenis Bisnes Yang Terlajak Laris Pada Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang sentiasa dinantikan oleh seluruh umat islam.

Setiap kali tiba bulan Ramadhan, kuasa membeli dikalangan pembeli juga semakin meningkat. Jika bijak mengambil peluang pasti rezeki akan semakin bertambah dikalangan usahawan yang berniaga.

Antara bisnes atau perniagaan yang paling meriah adalah makanan dan minuman yang dijual di bazar-bazar Ramadhan. Dan barangan berkaitan hari raya seperti baju raya, kuih raya juga semakin meningkat jualan.

Jom kita lihat beberapa peluang bisnes yang berpotensi laku keras pada bulan Ramadhan nanti.

Pada bulan Ramadhan mesti ramai yang berkunjung ke bazar Ramadhan. Ia tempat tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa. Tidak semua orang sempat untuk memasak sendiri dirumah. Biasanya ramai yang beli sahaja makanan dan minuman selepas pulang dari bekerja.

Antara pembelian paling popular di bazar Ramadhan adalah AIR BALANG. Jika pergi ke bazar macam tak sah kalau tak beli air balang ni kan.

Kepada usahawan yang minat memulakan bisnes air balang, anda boleh dapatkan Panduan Bisnes Air Balang yang ditulis oleh usahawan yang berpengalaman.

Makanan wajib ada apabila tiba hari raya adalah kuih raya, biskut raya, kek raya dan macam-macam lagi. Ada yang rajin buat sendiri di rumah. Ada juga yang beli sahaja yang sudah siap di kedai atau pasaraya.

Peluang bisnes dalam bidang bakeri adalah sangat tinggi permintaan setiap kali tiba bulan puasa. Bahkan sebelum puasa lagi ada yang sudah tempat awal-awal takut tak sempat siap sebelum raya.

Jika anda berminat untuk memulakan bisnes bakeri atau kuih raya, kena mulakan sekarang.

Negara China terkenal dengan pelbagai jenis barangan yang boleh kita beli dengan harga borong yang sangat murah. Banyak barangan yang boleh kita beli seperti baju, kasut, beg tangan, dan macam-macam lagi untuk dibuat beraya.

Biasanya kalau nak dapat harga borong kita perlu beli dalam kuantiti yang banyak. Tapi seiring dengan kecanggihan teknologi yang ada pada zaman sekarang, kita boleh tempah 1 produk dengan harga borong secara online sahaja. Anda boleh beli untuk diri sendiri atau beli banyak-banyak untuk kawan-kawan anda sekali.

Peluang bisnes borong dari China ini sangat luas dan besar potensinya

Ada banyak lagi sebenarnya bisnes-bisnes lain yang boleh memberi keuntungan besar kepada usahawan pada bulan ramadhan. Bisnes lain selain daripada 3 jenis bisnes yang saya kongsikan di atas contohnya menjahit baju raya, produk kurus dan kecantikan (semua orang nak cantik sebelum raya), bisnes sampul duit raya dan macam-macam bisnes lagi.

Menjalankan bisnes pada bulan Ramadhan perlu persediaan dan bertindak dengan cepat. Sebelum tiba bulan Ramadhan lagi anda perlu bertindak dan mengatur strategi bisnes anda. Lebih cepat anda bertindak, lebih besar peluang anda untuk meraih keuntungan berganda pada bulan puasa nanti.

Rezeki dalam bulan Ramadhan sentiasa terbuka luas untuk kita. Kita perlu berusaha dengan sebaik mungkin bagi meraih rezeki yang ada sepanjang bulan Ramadhan ini. Selamat maju jaya dalam apa sahaja bisnes yang anda jalankan. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *