Perancangan dalam sesuatu perniagaan adalah penting bagi memastikan sebuah perniagaan itu dapat berjalan dengan lancar. Di sini, saya akan senaraikan secara ringkas bagaimana kita hendak membina perniagaan internet. Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh semua jenis perniagaan internet.
Pilih Satu Niche Untuk Perniagaan
Niche bermaksud kategori atau bidang yang kita ingin niagakan. Pilih salah satu bidang yang kita minat dan cuba kecilkan ia lagi. Contohnya kita seorang yang mahir dan boleh berniaga dalam bidang keluarga, jadi kita boleh kecilkan niche kita kepada menjual barangan kanak-kanak. Fokus pada satu-satu niche dahulu sebelum kita bergerak kepada niche yang lain pula. Ingat, jangan mudah terburu-buru. Buat satu-satu secara perlahan-lahan.
Hasilkan Produk Untuk Dijual
Dah nama pun perniagaan jadi kita kena mempunyai produk untuk dijual. Oleh itu ciptalah produk yang boleh dijual sama ada dari pihak kita sendiri atau dari pihak yang lain. Kita boleh mencipta produk kita sendiri sama ada produk dalam bentuk digital seperti ebook, video, audio, software dan banyak lagi. Kita juga boleh menjalankan perniagaan internet anda dengan menjual produk fizikal seperti baju, buku, jam tangan, kasut, dan banyak lagi.
Salah satu cara yang mudah untuk anda menjalankan perniagaan internet adalah dengan menjual produk orang lain. Iaitu kita boleh menjadi agen/affiliate kepada kepada sesuatu produk. Biasanya kita akan mendapat komisyen bagi setiap jualan yang terhasil melalui promosi yang kita lakukan. Begitu mudahnya melakukan pemasaran affiliate ini kalau kena pada cara dan tekniknya.
Pengurusan Dan Penghantaran Produk
Tentukan cara untuk menghantar produk kita kepada pelanggan. Bagi produk fizikal kita perlu menghantar secara pos ke alamat pembeli kita. Tapi bagi produk digital pula, ianya adalah sangat mudah, cepat dan menjimatkan masa. Kita hanya perlu menyediakan satu ruangan download untuk pelanggan kita. Dengan link download yang telah kita sediakan. Ia memudahkan pembeli kita untuk terus download dimana-mana sahaja selagi mereka mempunyai sambungan internet.
Pilih Nama Perniagaan Sendiri
Pilih nama yang mudah untuk di ingati dan juga mudah untuk di sebut sebagai nama perniagaan kita. Contoh nama perniagaan yang paling mudah adalah dengan menggunakan nama kita sendiri. Apabila nama perniagaan kita semakin dikenali, semakin mudahlah kita ingin memasarkan produk kita. Orang sudah mengenali nama perniagaan kita, dan mereka tahu yang produk-produk yang kita hasilkan berkualiti maka orang akan berminat setiap produk yang kita hasilkan. Peluang kita untuk memasarkan produk kita juga adalah lebih mudah.
Bina Laman Web Dan Pilih Medium Pembayaran
Binalah satu laman web untuk kegunaan perniagaan kita. Siapkan satu laman web jualan kita sama ada dalam bentuk shopping cart, blog ataupun minisite. Pastikan laman web kita itu menarik untuk dikunjungi oleh orang lain. Tapi jangan hanya sekadar cantik semata-mata tapi menyukarkan pengguna untuk melayari laman web kita itu. Jadikan laman web kita itu mesra pengguna.
Kita perlu sediakan juga satu medium pembayaran. Kita boleh tentukan sama ada untuk menerima bayaran melalui Kad Kredit, ATM Transfer/Deposit, Online Transfer atau Paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan jenis pembayaran yang ada untuk memaksimumkan lagi keuntungan kita.
Dapatkan Domain Dan Hosting
Domain adalah nama laman web kita untuk dilayari oleh pengguna internet. Contohnya nama domain laman web perniagaan internet yang saya pilih adalah www.SahabatNiaga.com. Pastikan nama domain laman web itu senang dan mudah untuk diingati oleh orang lain. Kita boleh membeli nama domain yang digemari mengikut jenis perniagaan internet kita.
Hosting pula adalah tempat untuk kita meletakkan laman web kita supaya dapat dilayari oleh pengguna internet. Kita boleh pilih untuk membeli pakej hosting yang berpatutan. Tidak mengapa mahal sedikit, asalkan ia boleh membantu perniagaan internet kita.
Antara perkhidmatan hosting yang pernah saya guna adalah dari syarikat Netkl Network. Harganya adalah berpatutan dan juga servis dari syarikat hosting ini adalah yang terbaik setakat ini sepanjang saya menggunakan perkhidmatan hosting dari syarikat mereka. Tapi ada banyak lagi syarikat hosting lain yang ada didalam dan luar negara.
Bina Mailing List (Senarai Email)
Bina mailing list untuk menyimpan email prospek kita. Ia adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Ini kerana mereka adalah bakal pelanggan bagi produk-produk kita. Pastikan mailing list kita adalah berkualiti. Kita perlu sentiasa berkongsi tips-tips dengan senarai email kita. Kita juga boleh memberikan mereka produk-produk percuma kepada mereka. Ini boleh meningkatkan lagi kepercayaan mereka kepada kita.
Untuk menyimpan mailing list ini kita perlu menggunakan servis autoresponder. Kita boleh memilih sama ada mahu menggunakan yang services autoresponder percuma ataupun yang berbayar. Kalau guna yang berbayar pula walaupun agak mahal tapi ia mempunyai banyak kelebihan yang dapat membantu perniagaan internet kita. Antara servis autoresponder berbayar yang digunakan oleh kebanyakan usahawan internet adalah Aweber dan juga Getresponse. Ianya mengikut pilihan dan kemampuan kita juga.
Pasarkan Laman Web Kepada Orang Ramai
Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web perniagaan internet kita. Ada banyak cara sebenarnya untuk memasarkan laman web perniagaan internet kita. Cara yang paling mudah adalah melalui mailing list sebelum ini. Kita hanya perlu hantar email kepada mailing list kita bagi mempromosikan laman web kita. Jika mailing list kita besar maka lebih banyaklah pelawat yang akan mengunjungi laman web kita.
Antara cara lain bagi mempromosikan laman web kita adalah melalui forum. Letakkan nama laman web anda pada signature kita di forum tersebut. Jika ada antara ahli-ahli forum yang lain berminat maka mereka akan klik signature kita itu. Tapi jangan sesekali anda melakukan spam. Silap-silap haribulan akan di banned dari forum tersebut.
Selain itu cara untuk promosi adalah melalui laman web sosial seperti facebook. Gunakan facebook untuk promosikan laman web kita kepada kawan-kawan kita disana. Disini kita juga jangan sesekali spam. Gunakan kaedah promosi yang lembut dan berkesan.
Selain itu anda boleh promosikan laman web anda dimana-mana iklan berbayar atau iklan percuma yang ada di internet. Ianya bergantung kepada kemampuan kita.
Sebagai penutup, jika kita hendak memulakan perniagaan internet saya nasihatkan anda supaya anda membuat persediaan yang sebaiknya. Kita perlu bertenang dan jangan terburu-buru semasa memulakan perniagaan internet. Biarlah niat kita juga ikhlas dan jujur supaya perniagaan kita sentiasa ada keberkatan.
.