Pendapatan Bulanan Tidak Tetap

Pendapatan Bulanan Tidak TetapMenjadi seorang usahawan memang tidak sama dengan bekerja dengan orang lain atau kerja makan gaji. Ini kerana jika kita seorang yang bekerja makan gaji, kita mempunyai pendapatan yang sama atau tetap pada setiap bulan. Ini kerana gaji kita pada setiap bulan telah ditetapkan oleh bos kita berdasarkan jawatan. Pada setiap hujung bulan kita akan mendapat gaji tetap dari bos tempat bekerja.

Tapi ia memang tidak sama jika kita seorang yang menjalankan perniagaan sendiri. Sebagai seorang usahawan internet kita mempunyai pendapatan yang tidak tetap pada setiap bulan. Ianya bergantung kepada keuntungan yang kita perolehi pada setiap bulan. Jika untung kita besar, maka pendapatan kita pada bulan tersebut adalah besar.

Ianya bergantung kepada usaha yang kita lakukan. Jika kita mendapat banyak untung maka bersyukurlah, jika rugi maka kita kena usaha lebih kuat lagi. Itulah asam garam dalam dunia perniagaan iaitu ada untung dan rugi. Peluang untuk menjana pendapatan yang lumayan adalah tinggi jika kita melakukan perniagaan sendiri.

Pendapatan bulanan seorang usahawan internet adalah pendapatan sendiri. Bukannya orang lain yang bagi gaji kepada kita. Ini kerana perniagaan itu adalah milik kita sendiri. Ianya bergantung kepada keuntungan jualan produk yang kita perolehi pada bulan tersebut.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *