Menerima Buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ Secara Percuma

Mudahnya-Menjemput-RezekiSebelum saya menerima buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) ini secara percuma, saya pernah khatam membaca buku MMR tapi ianya buku MMR yang dipinjam daripada orang lain pada tahun 2014 yang lepas.

Saya memang berhajat untuk membeli buku MMR sendiri untuk simpanan peribadi kerana buku ini bukan hanya untuk sekali baca saja tapi ianya boleh dijadikan buku rujukan pada setiap masa untuk memperbaiki dan menambah amalan menjemput rezeki.

Ada saja halangan apabila saya mahu membeli buku Mudahnya Menjemput Rezeki untuk diri sendiri. Halangan itu mungkin kerana saya sendiri yang selalu saja bertangguh dan sering terlupa untuk beli apabila sudah ada duit. Niat tu memang sudah ada tapi belum ada rezeki untuk memilikinya.

Saya memang selalu follow facebook page penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Ia bukan facebook page yang menjual buku tapi facebook page yang banyak membuat perkongsian ilmu bukan saja ilmu dunia malah ilmu akhirat juga. Banyak manfaat yang kita boleh dapat. Saya galakkan anda supaya follow facebook tersebut supaya sentiasa dapat menambah ilmu yang bermanfaat.

Hinggalah pada suatu hari tu saya terbaca status facebook page Mudahnya Menjemput Rezeki. Dalam status itu menyebut ada insan yang bermurah hati untuk memberi sedekah 7 buah buku Mudahnya Menjemput Rezeki secara percuma kepada warga MMR yang masih mencari buku itu.

Screenshot-MMR(Screenshot Facebook Mudahnya Menjemput Rezeki)

Hati saya terdetik untuk komen yang saya berminat. Mana la tahu ada rezeki boleh dapat buku MMR itu secara percuma. Tidak berapa lama kemudian facebook saya dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali melalui private message dan dia telah meminta alamat saya untuk diposkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Syukur Alhamdulillah sebab saya terpilih untuk menerima sedekah buku MMR tersebut. Rezeki saya untuk memiliki buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) milik saya sendiri akhirnya tercapai juga.

Tapi saya tidak menerima buku ini dengan mudah begitu saja di depan rumah. Pekerja GD Express yang menghantar barang pos tidak jumpa cari alamat rumah saya dan gagal menghubungi saya. Mereka menghantar sms menyuruh saya sendiri pergi ke pejabat cawangan GD Express untuk collect barang pos tersebut.

Saya terpaksa pergi collect barang di pejabat cawangan GD Express. Jauh juga tempat cawangan mereka sebab saya tidak pernah pergi ke sana. Tapi saya usaha untuk pergi dan mencari lokasi mereka supaya saya dapat mengambil barang pos itu sendiri. Akhirnya saya dapat menerima barang pos yang berisi buku MMR dengan selamat. Alhamdulillah.

Buku-MMR-Percuma(Buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang telah selamat diterima)

Terima kasih kepada hamba Allah yang telah menyedekahkan buku ini. Terima kasih juga kepada penulis buku ini iaitu Ustaz Fathuri Salehuddin yang telah memberi peluang kepada insan lain untuk sama-sama melakukan amalan sedekah.

Sedekah adalah salah satu amalan untuk menjemput rezeki. Semoga Allah memberkati usaha dan amalan yang mereka lakukan dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.

Saya akan menghargai dan mengamalkan ilmu yang ada dalam buku MMR ini dengan sebaiknya. Saya harap buku ini akan sentiasa memberi manfaat kepada diri saya untuk menilai kembali dan memperbaiki amalan-amalan untuk menjemput rezeki.

Semoga ia dapat menambah lebih banyak rezeki dalam kehidupan saya. Yang penting rezeki yang halal dan berkat, InsyaAllah.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *