
Hutang pinjaman PTPTN perlu dibayar selepas tamat belajar. Biasanya perkara paling leceh adalah proses nak membayar tu rasa macam malas pun ada. Sebenarnya bukan malas, tapi sibuk sangat sampai lupa nak bayar PTPTN. Betul tak?
Ada banyak cara untuk membayar pinjaman PTPTN. Antaranya adalah dengan terus pergi ke mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan. Tapi mana sempat kan nak pergi sana. Jauh pulak tu. (Itu alasan yang biasa)
Jadi buatlah bayaran secara online kerana ia adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk bayar PTPTN. Sambil duduk rumah tu boleh juga bayar secara online. Baca lagi

Rasanya masih belum terlambat untuk ucap Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia umumnya. Dan ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dari zaman sekolah rendah sehinggalah ke peringkat Universiti.
Saya merupakan pelanggan setia Celcom Broadband sejak dari tahun 2010. Sudah hampir 5 tahun menjadi pelanggan setia celcom. Walaupun kadang-kadang talian internet macam siput babi, talian internet kena block sebab lambat bayar dan tetap kena bayar penuh walaupun tak dapat guna internet selama 2 bulan sebab kena block. Namun saya masih tetap setia guna celcom.