Category Archives: Review

Review Buku: Chicken Soup for the Soul

Review Buku Chicken Soup for the SoulHari ini saya nak buat sedikit review ringkas tentang buku yang saya berjaya baca sehingga habis. Salah satu buku yang saya berjaya habiskan baru-baru ni adalah buku yang bertajuk Chicken Soup for the Soul – Berfikir Positif. Buku ini adalah buku yang diterjemah dari buku asal yang berbahasa inggeris.

Jika buku ini dalam edisi bahasa inggeris saya mungkin tak baca. Disebabkan ia dalam bahasa melayu baru saya berminat nak baca. Sebabnya ada bermacam-macam cerita didalam buku ini yang perlu difahami dengan sebaiknya. Kalau baca dalam bahasa inggeris mungkin ada yang saya tak faham. Baca lagi >>

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia-Lulus-Temuduga-Kerja-KerajaanPENGUMUMAN: Panduan informasi ini adalah khas untuk mereka yang ingin mencerahkan peluang untuk BERJAYA LULUS TEMUDUGA SPA dan seterusnya berjaya mendapat Kerja Kerajaan yang mereka idamkan selama ini.

Sebagaimana yang diketahui umum, kerja kerajaan mempunyai banyak kelebihan kepada mereka yang berjaya. Namun begitu, tiada jalan mudah untuk anda berjaya memasuki sektor perkhidmatan awam ini jika tidak berusaha membuat apa-apa persediaan. Baca lagi >>

Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga

Anda telah berjaya dipanggil untuk ditemuduga? Jika ya, maka tahniah saya ucapkan. Membuat persediaan sebelum menghadiri temuduga adalah perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang mendapat pekerjaan yang mereka idamkan. Anda seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal serta emosi supaya berada dalam keadaan yang baik.

Rasa takut dan gementar adalah perasaan normal yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Tambahan pula jika dia adalah calon yang baru pertama kali menghadiri temuduga dalam hidupnya. Baca lagi >>

Rahsia Resume Kerja Yang Berjaya

Ramai calon yang terpaksa menganggur kerana tidak berjaya untuk mendapat pekerjaan yang mereka idamkan. Ianya bukan kerana mereka tidak bagus tapi disebabkan oleh RESUME KERJA mereka sendiri. Memang ramai yang tidak berjaya mendapat panggilan temuduga kerana resume mereka gagal memikat bakal majikan di syarikat yang mereka mohon.

Anda perlu semak kembali resume kerja anda bagi memastikan ianya menjadi kunci kejayaan untuk mendapatkan kerjaya yang anda idamkan. Jika anda pernah gagal jangan kecewa. Masih ada ruang untuk anda perbaiki resume anda supaya lebih hebat dan memikat. Baca lagi >>

Rahsia Hipnosis – Menarik Rezeki & Kekayaan

Ramai yang membaca buku-buku motivasi dan pembangunan diri untuk menarik kejayaan dan kekayaan dalam hidup mereka. Mungkin ada yang meletakkan nota di dalam bilik tidur sebagai peringatan tentang keinginan atau matlamat hidup mereka. Ramai yang tahu rahsia kejayaan.

Tetapi mengapa ada yang masih belum dapat kekayaan yang dikehendaki?

Perkara yang paling penting dalam penerimaan kepercayaan dan perubahan yang baru adalah dengan menjadikannya sebagai tabiat secara automatik dalam diri anda. Perkara yang dilakukan secara automatik tidak memerlukan pemikiran sedar untuk bertindak. Sebagai manusia, kita secara semulajadi agak sukar untuk berubah.

Secara purata bagi kebanyakan orang, perubahan akan berlaku selama minimum 21 kali selepas diberi kesedaran tentang sikap yang baru secara berulang, sebelum menggantikan tabiat lama dengan yang baru. Dengan itu, dengan membaca buku motivasi tidak memadai.

Terdapat satu kaedah yang mudah dan berkesan dalam mengubah tabiat dan membina program baru dalam minda bawah sedar iaitu dengan kaedah HIPNOSIS. Anda boleh menggunakan hipnosis untuk format/program semula minda bawah sedar anda untuk dalam masa yang singkat.

Hipnosis direkabentuk untuk membolehkan anda mengubah corak pemikiran, sikap dan kepercayaan yang mungkin anda tidak sedari dan menggantikannya dengan yang baru.

Hipnosis adalah ketenangan fizikal dan mental yang membenarkan serapan terus ke minda bawah sedar di mana saranan boleh digunakan ke tahap yang maksimum. Program hipnosis menggunakan saranan hipnotik yang mana bertujuan untuk membawa perubahan dalam kehidupan anda.

Mereka yang tidak merasakan dirinya dalam dunia kekayaan, mereka ini mempunyai kepercayaan yang dalam kemiskinan. Mereka boleh menggunakan hipnosis untuk mengenalpasti kepercayaan halangan dan menggantikan dengan kepercayaan baru yang positif. Kepercayaan kemiskinan dalam minda boleh digantikan dengan kepercayaan kekayaan.

Dengan ini dapat menarik peluang-peluang untuk yang diingini. Sebelum anda menerima kekayaan sepenuhnya, anda harus ingat bahawa hanya Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki.

Hipnosis ini sebagai alatan yang berkesan yang membolehkan anda memprogram diri anda. Ia juga membolehkan anda mencapai impian anda dari segi kewangan, emosi dan kejayaan. InsyaAllah. Ingin ketahui maklumat lanjut mengenai Rahsia Hipnosis Menarik Rezeki dan Kekayaan? Klik di bawah ini:

Semoga bermanfaat untuk semua.