Category Archives: Review

Ebook Percuma: 7 Tip Menambat Hati Pelanggan

Bagaimana-Nak-Tambat-Hati-Pelanggan

Pada post kali ini saya ingin membuat review ringkas mengenai satu ebook percuma yang bertajuk ‘7 Tip Menambat Hati Pelanggan’. Ebook ini telah ditulis oleh saya sendiri dan ianya merupakan satu laporan khas percuma yang akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Ebook ini ditulis khas kepada mereka yang bergelar usahawan terutamanya usahawan-usahawan yang menjalankan perniagaan secara online.

Di dalam ebook percuma ini saya akan berkongsi 7 Tip hebat yang boleh anda pratikkan dalam proses untuk menambat hati pelanggan anda. Mungkin ada diantara tip-tip yang dikongsikan dalam ebook ini anda telah tahu. Tapi mungkin ada diantaranya anda terlepas pandang untuk praktikkannya dalam bisnes anda. Jadi selepas membaca ebook ini anda akan dapat semula idea-idea untuk menambat hati pelanggan-pelanggan anda. Baca lagi >>

Jubah Muslimah Rekaan Terkini Khas Untuk Ibu Dan Anak

Artikel Review ini ditaja oleh De Hanee Boutique. Hubungi kami disini jika mahu kami review produk anda dalam blog ini.

Jubah Muslimah Rekaan Terkini Khas Untuk Ibu Dan AnakPakaian Jubah Wanita Muslimah sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dikalangan para wanita di negara kita. Antara ciri-ciri jubah wanita yang selalunya dicari adalah jubah yang murah dan kain jubah yang berkualiti. Kemudian diikuti dengan design dan warna yang memikat hati mereka serta jubah yang mesti menutup aurat dengan sempurna iaitu jubah patuh syariah.

Ada juga dari kalangan ibu-ibu yang mencari jubah untuk diri sendiri dan juga untuk anak mereka. Namun begitu ada beberapa masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu diluar sana iaitu sukar untuk mendapatkan jubah yang sama atau sepadan dengan anak mereka. Baca lagi >>

Pembayaran Renew Web Hosting 2016

Alhamdulillah beberapa hari lepas telah selesaikan pembayaran renew web hosting selama setahun lagi. Ini bermakna blog ini akan masih terus online untuk tempoh setahun lagi. Walaupun jarang-jarang update blog tapi sayang jika content artikel sebelum ini akan hilang jika blog ini ditutup. Jika diberikan kekuatan dan semangat untuk menulis semula saya akan teruskan menulis di dalam dalam blog ini. InsyaAllah.

Saya masih lagi menggunakan web hosting yang sama sejak dari tahun 2010 lagi iaitu menggunakan web hosting NetKl Network. Maknanya sudah lama saya menggunakan servis dari mereka. Bukannya baru 2 3 bulan. Tapi lebih kurang 4 5 tahun dah bersama mereka. Dulu saya pernah juga guna web hosting dari company lain tapi tak kekal lama atas masalah-masalah tertentu semasa menggunakan servis dari syarikat tersebut. Baca lagi >>

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

(Jom sertai Contest Review Lynk.my 2015 untuk berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM4000)

Contest Review Lynk.my 2015 ini dianjurkan oleh penyedia perkhidmatan URL Shortener Malaysia iaitu website LYNK.MY. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang Lynk.my dan juga Contest Review ini, mari kita berkenalan dulu secara ringkas dengan (URL Shortener).

Sistem Peringkas URL (URL Shortener)

Uniform Resource Locator (URL) ataupun kita biasa sebut sebagai link website adalah benda yang selalu kita jumpa apabila melayari internet. Contoh URL / link website yang sudah biasa kita jumpa adalah URL milik google http://www.google.com.my, dan url milik facebook pula http://facebook.com serta banyak lagi url website lain. Baca lagi >>

Rujukan KHAS Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17

[Perhatian]: Jika anda dipanggil untuk menghadiri mana-mana temuduga jawatan kosong dalam sektor kerajaan, sudah semestinya anda perlu membuat persiapan yang rapi. Tidak boleh sekadar redah sahaja dan berharap kepada nasib. Usaha adalah sangat penting untuk berjaya. Disamping memohon doa kepada Yang Maha Kuasa.

Antara usaha yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat persediaan diri yang secukupnya dari segi mental dan fizikal. Anda perlu bersedia dari segi ilmu pengetahuan. Dengan memiliki ilmu pengetahuan yang baik, anda sudah tentu akan lebih yakin untuk menghadapi Temuduga Pembantu Penguasa Kastam. Baca lagi >>